Celik Fiqh: didik hibur pendidikan islam ke arah pelaksanaan pembelajaran berpusatkan murid

Permainan Celik Fiqh merupakan sebuah permainan didik hibur yang dicipta bagi tujuan menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelaksanaan pembelajaran berpusatkan murid. Permainan ini juga dapat dijadikan bahan bantu mengajar dan aktiviti pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran Pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Omar, Nurul Syafiqah, Ajiyan, Siti Umairah, Fauzi, Nur Syazwani, Azman, Wan Nur Ain, Mamat, Arifin
Format: Proceeding Paper
Language:Malay
Published: Kuantan, Pahang 2023
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/109393/7/109393%20Celik%20Fiqh_%20didik%20hibur%20pendidikan%20islam%20ke%20arah%20pelaksanaan%20pembelajaran%20berpusatkan%20murid.pdf
http://irep.iium.edu.my/109393/
http://innoplen.polisas.edu.my/index.php/contact-component/e-proceeding-innoplen-2023
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Permainan Celik Fiqh merupakan sebuah permainan didik hibur yang dicipta bagi tujuan menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelaksanaan pembelajaran berpusatkan murid. Permainan ini juga dapat dijadikan bahan bantu mengajar dan aktiviti pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya bidang Feqah Tingkatan 2. Umumnya, permainan ini berkonsepkan permainan kad yang terdiri daripada kad-kad soalan aras rendah, sederhana dan tinggi beserta jawapan dan kad-kad nota. Tambahan pula, permainan ini dapat dimainkan secara fizikal dan digital. Selain itu, permainan ini dilengkapkan lagi dengan e-infografik yang berwarna, dan mudah difahami merangkumi semua tajuk Tingkatan 2 bidang Feqah. Gabungan antara platform fizikal dan digital ini bertujuan untuk menyebarluaskan penggunaan teknologi dalam pendidikan di kalangan guru dan murid. Oleh yang demikian, permainan ini amat sesuai dijalankan dalam kelas secara bersemuka mahupun kelas di atas talian. Justeru, usaha mencipta permainan Celik Fiqh ini diharapkan dapat mendedahkan kepelbagaian cara dalam mempelajari Pendidikan Islam sekaligus menarik minat pelajar dalam mendalami bidang Fiqh. Satu tinjauan juga telah dijalankan terhadap beberapa orang pelajar tingkatan 2 dan guru Pendidikan Islam sebagai sampel kajian bagi mengkaji sejauh mana keberkesanan permainan Celik Fiqh. Hasilnya, majoriti responden daripada kaji selidik ini berpuas hati dengan kandungan, reka grafik dan aturan permainan Celik Fiqh.