Komponen kepintaran budaya dan kesantunan berbahasa pelajar IIUM dan TUFS, Jepun dalam kelas pembelajaran kolaborasi bahasa secara atas talian

Kajian ini berfokus pada pembelajaran bahasa dan budaya Melayu di antara pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Bahasa Asing Tokyo (TUFS), Jepun. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti amalan kesantunan dalam kelas pembelajaran bahasa Melayu secara atas talian oleh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Johari, Arina, Mokhtar, Nor Zainiyah Norita, Mohd Ismath, Nurul Hanilah, Idrus, Azean Idruwani, Ahmad, Siti Yuliandi
Format: Proceeding Paper
Language:Malay
Published: KLM IIUM 2023
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/109253/6/109253_Komponen%20kepintaran%20budaya%20dan%20kesantunan%20berbahasa%20pelajar%20IIUM%20dan%20TUFS.pdf
http://irep.iium.edu.my/109253/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini berfokus pada pembelajaran bahasa dan budaya Melayu di antara pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Bahasa Asing Tokyo (TUFS), Jepun. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti amalan kesantunan dalam kelas pembelajaran bahasa Melayu secara atas talian oleh pelajar UIAM dan TUFS, Jepun dan menganalisis hubung kait antara aplikasi ciri kesantunan dengan komponen kepintaran budaya. Dua landasan teori akan diaplikasikan ke dalam data kajian, iaitu Model Kesantunan Tiga Tokoh (MKTT) oleh Arina (2018) dan Ciri Kepintaran Budaya oleh Thomas dan Inkson (2004). Data diperoleh daripada ujaran 89 orang pelajar (80 orang pelajar UIAM dan 9 orang pelajar Jepun) yang terlibat dalam pembelajaran bahasa atas talian menggunakan aplikasi Padlet.com. Dapatan memperlihatkan kesemua pelajar, iaitu responden UIAM dan Jepun mengaplikasikan ciri kesantunan dalam MKTT ketika berkomunikasi dalam sesi pengenalan kelas untuk membina hubungan yang mesra, mencapai matlamat diskusi dan mewujudkan situasi bebas konflik. Ciri kesantunan ini didapati mempunyai perkaitan yang signifikan dengan dua komponen dalam Kepintaran Budaya, iaitu (i). pengetahuan dan (ii). kesedaran. Kasus ini membuktikan keupayaan pelajar untuk berfungsi dengan berkesan dalam konteks kepelbagaian budaya. Selain itu, ia turut membuktikan bahawa kesantunan yang bersifat unniversal berupaya menjadi elemen motivasi yang signifikan dalam meningkatkan kepintaran budaya seseorang tanpa mengira bangsa, agama dan budaya; malah masih relevan amalannya walaupun dalam konteks komunikasi atas talian; tanpa sua muka sebegini.