Kontroversi pembakaran al- Qur’ān: mengapa bukan Taurat atau Injil yang dibakar?

Artikel ini mengetengahkan sebuah isu yang sangat pelik dan menghairankan, iaitu peristiwa pengulangan pembakaran Al-Quran di negara Sweden! Sweden merupakan sebuah negara ketiga terbesar dalam Kesatuan Eropah dengan keluasan kawasan (450,295 km2) bersama anggaran penduduk sebanyak 10,215,250...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suleiman, Hassan
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: ApaKhabarTV 2023
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/109032/1/BM%20%28Kontroversi%20Pembakaran%20al-%20Qur%E2%80%99%C4%81n%20Mengapa%20bukan%20Taurat%20atau%20Injil%20yang%20dibakar%29.pdf
http://irep.iium.edu.my/109032/7/109032_Kontroversi%20pembakaran%20al-%20Qur%E2%80%99%C4%81n.pdf
http://irep.iium.edu.my/109032/
https://apakhabartv.com/2023/12/13/kontroversi-pembakaran-al-quran-mengapa-bukan-taurat-atau-injil-yang-dibakar/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini mengetengahkan sebuah isu yang sangat pelik dan menghairankan, iaitu peristiwa pengulangan pembakaran Al-Quran di negara Sweden! Sweden merupakan sebuah negara ketiga terbesar dalam Kesatuan Eropah dengan keluasan kawasan (450,295 km2) bersama anggaran penduduk sebanyak 10,215,250 juta, dan Sweden berpaksikan sistem raja berperlembagaan dengan sistem parlimen serta ekonomi yang kukuh. Persoalannya sekarang ialah: bilakah insiden terakhir pembakaran Al-Quran berlaku, dan siapakah yang melakukannya? Pada pagi Rabu, hari pertama Eid al-Adha pada 28 Jun 2023, umat Islam dikejutkan dengan video yang menunjukkan seorang pemuda bernama "Salwan Momika", seorang pelarian berkewarganegaraan Iraq di Sweden yang berketurunan Kristian, beliau mengoyakkan senaskah Al-Quran dan kemudian membakarnya di Masjid Pusat Stockholm, dan ianya berlaku setelah pihak polis Sweden memberinya permit untuk menganjurkan protes berikutan keputusan rasmi daripada pihak kehakiman. Salwan Momika, 37, telah menulis dalam permohonannya kepada pihak polis: "Saya mahu berdemonstrasi mengenai Masjid Besar di Stockholm, dan saya ingin menyatakan pendapat saya tentang Al-Quran... Saya akan mengoyakkan al-Quran dan membakarnya!” Dan adalah sangat menyedihkan apabila pihak polis sendiri telah memberikan maklum balas dalam keputusan yang bertulis: "Mereka telah memberikan keizinan untuk melakukan demonstrasi di mana penganjurnya ingin membakar salinan Al-Quran di luar masjid utama Stockholm”, dan sebagai tindak balas daripada pihak kerajaan Iraq, Kementerian Luar Negeri telah mengeluarkan kenyataan yang mengecam kebenaran pihak berkuasa Sweden untuk berbuat demikian, dan mereka telah memanggil Duta Sweden di Iraq untuk memberikan penerangan serta menuntut agar warga Iraq itu diekstradisi untuk dibicarakan mengikut undang-undang Iraq. Puluhan rakyat Iraq telah terlibat dalam demonstrasi di hadapan kedutaan Sweden di Baghdad sebagai tanda protes terhadap insiden tersebut, mereka menuntut agar duta Sweden diusir.