Revolusi bahasa dan asas tamadun (cetakan keempat 2023)
Bukti batu bersurat merupakan sumber yang kuat dan autentik. Bukti ini bukan saja berperanan untuk mengetengahkan bukti yang nyata dan jelas, bahkan dapat memberikan maklumat tentang kehidupan masyarakatnya pada ketika itu. Namun begitu, kebolehan menelaah dan memahami penulisan yang terpaha...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book |
Language: | English |
Published: |
Dewan Bahasa dan Pustaka
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/108655/1/buku%20revolusi%20bahasa%20%26%20asas%20tamadun%20cetakan%20ke%20empat%202023.pdf http://irep.iium.edu.my/108655/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Bukti batu bersurat merupakan sumber yang kuat dan autentik.
Bukti ini bukan saja berperanan untuk mengetengahkan bukti
yang nyata dan jelas, bahkan dapat memberikan maklumat
tentang kehidupan masyarakatnya pada ketika itu. Namun begitu,
kebolehan menelaah dan memahami penulisan yang terpahat pada
batu bersurat bukanlah sesuatu yang mudah untuk difahami dan
dipelajari. Masih banyak yang perlu diterokai untuk mendapatkan
kesahihan maklumat yang berlaku pada zaman purba atau kuno
ini. Antara perkara yang paling asas yang boleh dijadikan ukuran
adalah tentang genealogi keturunan Homo sapiens yang masih
lagi berada dalam kerangka perbincangan. Keadaan ini seolah
olah memberikan gambaran bahawa berdasarkan sumber Islam
masih belum ada rumusan yang boleh dibuat yang memihak
kepada satu keterangan tertentu tentang asal usul keturunan
manusia. Oleh itu, ramai yang beranggapan bahawa pandangan
orientalis boleh dianggap sempurna dan boleh dipercayai kerana
data tersebut ditemukan tercatat pada batu bersurat yang diakui
oleh ahli sejarah. Namun begitu, dipercayai bahawa pandangan tersebut
bukanlah keputusan yang terbaik kerana versi yang berbeza
pendapat daripada sumber Islam bersetuju bahawa bangsa
Arab-Proto muncul sejak sekian lama. Walaupun data yang
dikumpulkan ternyata tidak selari, maka ini bukanlah hujah
untuk menolak pandangan yang berdasarkan sumber Islam.
Perbezaan ini disebabkan oleh cara pengolahan maklumat yang
disampaikan secara lisan sebelum ditulis. Menariknya, maklumat
yang diperoleh daripada sumber Islam lebih luas perbincangannya
berbanding dengan pandangan orientalis dan yang terakam dalam
kitab Injil. Hakikatnya, banyak sumber sekunder yang menyokong
sumber wahyu Islam yang menyatakan bahawa Adam ialah orang
pertama yang mendiami bumi adalah benar dan tepat.
Namun begitu, terdapat sesetengah fahaman beranggapan
bahawa hal ini hanyalah mitos dan legenda cerita lisan yang
tidak benar. Tambahan pula, sumber Arab turut mengesahkan
bahawa bangsa mereka wujud sebelum zaman Nabi Ibrahim a.s.
lagi. Jelasnya, maklumat seperti ini bukanlah fiksyen atau rekaan
semata-mata tetapi secara tidak langsung mengiakan bahawa
bahasa Arab sebenarnya telah wujud sejak munculnya bangsa
Arab-Proto. Berdasarkan pandangan ahli sejarah bahasa, antara
tempat terawal munculnya bahasa Arab ini termasuklah kawasan
Sabaʼ di Yaman. Meskipun, bahasa Himyar atau Thamud itu tidak
sama dengan bahasa Arab yang tercatat dalam al-Quran, tetapi
bahasa tersebut masih tergolong dalam dialek atau lahjah bahasa
Arab kerana kedudukan dialek tersebut masih berada dalam
kawasan lembah yang subur di Semenanjung Tanah Arab (fertile crescent)
). Dipercayai bahawa bahasa Arab telah lama wujud,
namun pandangan yang beranggapan bahasa lain yang wujud
terlebih dahulu adalah tidak tepat kerana evolusi bahasa yang
berlaku hanya menunjukkan perbezaan sebutan lisan atau tulisan
tetapi evolusi tersebut masih tidak mengubah identiti asal dan
tatabahasa bahasa itu. Dalam hal ini, ternyata identiti bangsa Arab
yang paling signifikan ialah bahasanya, meskipun dialek atau
lahjahnya berbeza. Maka, sudah tentu sifat asas sesuatu bahasa
itu mesti berasal daripada induk yang sama meskipun melalui
proses yang berabad-abad lamanya dan muncul dari tempat yang
berlainan tetapi masih lagi berada dalam kerangka sempadan
tanahnya yang asal dan masih lagi dalam keluarga yang sama.
Kajian akademik yang dibuat oleh Barat seolah-olah
mengabaikan perkaitan antara sejarah tamadun manusia dengan
kisah anbia, serta penggunaan bahasa para nabi pada ketika
itu. Bahkan, maklumat dan data sejarah telah diubah dan
dicampuradukkan kerana tiada pelibatan dunia Islam sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam setiap keputusan yang
dibuat.
Penelitian terhadap batu bersurat yang dipercayai ditulis
sebelum tahun 3000 Sebelum Masihi membuktikan bahawa
wujudnya kerajaan terawal selepas peristiwa banjir besar Nabi
Nuh a.s.. Beberapa rahsia dunia yang jarang-jarang disentuh oleh
para ilmuwan berjaya disingkap apabila kesahihan kandungan dan
bahasa yang digunakan dalam kitab Taurat masih lagi menjadi
perdebatan yang tidak berkesudahan. Begitu dengan kitab Injil
yang terlalu samar ketepatan maklumatnya dalam Perjanjian
Baharu. Hasilnya, perbincangan asal usul bahasa yang digunakan
oleh Nabi Isa a.s. menjadi asas perbincangan dalam buku yang
undang-undangnya dipakai (canonical books) dan buku yang
undang-undangnya tidak dipakai (non-canonical books).
Selain itu, perbincangan tentang kerajaan yang muncul
selepas ketiadaan Nabi Isa a.s. memberikan maklumat baharu
yang mencabar sejarah tamadun manusia apabila pihak Barat
mengakui kewujudan bangsa Arab secara rasmi. Kemunculan
Kerajaan Nabaten, Palmyra, Ghasasanah, Harran, dan sebagainya
menjadi bukti ketuanan bangsa Arab di bumi al-Jazirah. Kerajaan
ini pada hakikatnya muncul sejak awal lagi, hasil peluasan kuasa
dan empayar yang ada pada ketika itu.
Perbandingan antara bangsa Arab, Abra (yang dikenali
sebagai Ibrani) dan Israel perlu dikaji untuk mengetahui aspek
perbezaan dan persamaannya agar dapat memberikan kefahaman
tentang pergolakan yang berlaku di Timur Tengah sejak zaman
berzaman. Sesungguhnya, perbalahan dan pergolakan yang
berlaku sehingga terbinanya tembok yang memisahkan antara
bangsa Arab dengan Yahudi bermula sejak zaman Nabi Sulaiman
a.s. lagi. Walau bagaimanapun, bangsa Yahudi yang disebut-sebut
dalam perebutan tanah air Palestin ini bukanlah bangsa Ibrani
atau bani Israel yang wujud sejak zaman nabi terdahulu, bahkan
terdapat pihak lain yang mengambil kesempatan terhadap konflik
silam di bumi Palestin yang memang merancang untuk merampas
dan mengambil hak orang lain tanpa rasa bersalah. Dengan
kata lain, buku ini menyentuh sejarah silam bangsa Arab dan
perkembangan bahasa Semitik berdasarkan susur galur peradaban
manusia di sekitar Semenanjung Tanah Arab. |
---|