Keberhasilan fisioterapi dalam fasa awal pasca artroplasti lutut menyeluruh

Fisioterapi adalah komponen penting pengurusan pesakit artroplasti lutut menyeluruh (ALM). Namun, bukti sainti k keberkesanan Fisioterapi di fasa awal pasca ALM masih terhad. Kajian ini bertujuan menentukan keberhasilan Fisioterapi ke atas tahap kesakitan, pembengkakan dan julat pergerakan sendi lut...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sahrim, Asma, Mohd Nordin, Nor Azlin, Munajar @ Munajat, Munayati
Format: Book Chapter
Language:English
Published: Penerbit UPM 2023
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/108458/1/108458_Keberhasilan%20fisioterapi.pdf
http://irep.iium.edu.my/108458/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Fisioterapi adalah komponen penting pengurusan pesakit artroplasti lutut menyeluruh (ALM). Namun, bukti sainti k keberkesanan Fisioterapi di fasa awal pasca ALM masih terhad. Kajian ini bertujuan menentukan keberhasilan Fisioterapi ke atas tahap kesakitan, pembengkakan dan julat pergerakan sendi lutut serta kekuatan otot kuadrisep di fasa awal pasca ALM. Ini adalah kajian rintis eksperimental yang dijalankan di Hospital Canselor Tunku Mukhriz, Kuala Lumpur. Sejumlah 16 orang peserta (min umur ± SP = 66.44 ± 7.94 tahun) telah menyertai kajian ini bermula hari ke dua pasca ALM dan menjalani intervensi Fisioterapi standard selama empat minggu. Penilaian keberhasilan intervensi dilakukan dengan menggunakan skala analog visual, ukurlilit lutut, goniometri dan hand-held dynamometer oleh seorang penilai buta. Analisis data dilakukan menggunakan ujian t berpasangan. Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang signi kan dalam julat pergerakan sendi lutut (p<0.001) dan kekuatan otot kuadrisep (p=0.002). Min skor kesakitan menurun sebanyak 1.54 ± 0.81 atau 35%, namun ini tidak signi kan secara statistik. Kesimpulannya, Fisioterapi tampak berkesan dalam meningkatkan pergerakan sendi dan kekuatan lutut pada fasa awal pasca ALM. Kajian lanjut diperlukan bagi mengesahkan penemuan ini.