Sistem kewangan Islam di Malaysia dari era Kesultanan Melayu Melaka hingga kurun ke -21: satu tinjauan

Pelaksanaan sistem kewangan Islam di Malaysia telah melalui sejarah perkembangan yang tersendiri selari dengan perubahan masa dan era pemerintahan negara. Bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, sistem kewangan yang berdasarkan hukum Islam telah diguna pakai seperti mana yang termaktub di dal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Fathil, Fathiah, Fathil, Fauziah, Mohd Amin, Juriah
Format: Article
Language:English
Published: Center for Islamic Philanthropy & Social Finance 2023
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/108362/7/108362_Sistem%20kewangan%20Islam%20di%20Malaysia.pdf
http://irep.iium.edu.my/108362/
https://cipsf.my/images/pdf/jipsf/sep2023/JIPSF_522023_125-136.pdf
https://doi.org/10.24191/JIPSF/v5n22023_125-%20136
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelaksanaan sistem kewangan Islam di Malaysia telah melalui sejarah perkembangan yang tersendiri selari dengan perubahan masa dan era pemerintahan negara. Bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, sistem kewangan yang berdasarkan hukum Islam telah diguna pakai seperti mana yang termaktub di dalam Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka. Berpaksi kepada keadilan serta hak yang saksama, sistem kewangan Islam yang dilaksanakan secara tidak langsung telah menyumbang kepada perkembangan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang maju lagi unggul di Asia Tenggara. Namun, keadaan ini sedikit sebanyak berubah ketika era penjajahan kolonial di Tanah Melayu berikutan sistem pemerintahan yang secara amnya berteraskan prinsip kapitalisme. Menjelang awal kurun ke-20, sistem kewangan Islam ini berubah lagi secara bertahap atau perlahan-lahan daripada satu amalan yang terhad dalam kalangan masyarakat Melayu kepada sistem yang lebih komersial dan kompetitif ekoran kebangkitan aliran pemikiran ekonomi Islam dalam kalangan para pemikir dan pemimpin kontemporari. Penulisan ini yang melibatkan kajian perpustakaan dan kualitatif adalah untuk mengenal pasti perkembangan sistem kewangan Islam bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah abad ke-21. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh mana penggunaan sistem kewangan Islam dalam tempoh tersebut serta bentuk amalan yang diguna pakai dalam kalangan masyarakat. Kesimpulan kajian ini ialah perkembangan amalan sistem kewangan Islam berubah seiring dengan perkembangan sosio politik dan ekonomi di negara ini.