Program sukarelawan mahasiswa wajar beri Impak kepada masyarakat

Institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bukan sahaja berperanan melahirkan graduan 'laris' dalam pasaran kerja, bahkan memiliki kemahiran, pengetahuan dan kepemimpinan. Ini kerana ekosistem pendidikan tinggi berkembang pesat seiring perubahan landskap global dinamik. Rangsangan wilaya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ab Rahman, Syakir Amir
Format: Article
Language:Malay
Published: New Straits Times Press (M) Bhd. 2023
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/106921/1/Program%20sukarelawan%20mahasiswa%20wajar%20beri%20impak%20kepada%20masyarakat_Berita%20Harian%2906092023_p11.pdf
http://irep.iium.edu.my/106921/
https://api.bharian.com.my/rencana/komentar/2023/09/1148693/program-sukarelawan-mahasiswa-wajar-beri-impak-kepada-masyarakat
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bukan sahaja berperanan melahirkan graduan 'laris' dalam pasaran kerja, bahkan memiliki kemahiran, pengetahuan dan kepemimpinan. Ini kerana ekosistem pendidikan tinggi berkembang pesat seiring perubahan landskap global dinamik. Rangsangan wilayah ekonomi dan interaksi kemanusiaan kini memberikan impak besar kepada struktur pendidikan tanpa menghilangkan asas dan nilai asal negara. Justeru, IPT mahupun universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan swasta mengambil inisiatif melaksanakan pelbagai program sukarelawan masyarakat. Melalui sukarelawan, mahasiswa dapat meluaskan jaringan sosial, baik dalam kalangan mahasiswa sendiri, komuniti atau pihak industri berpotensi. Dalam cabaran persaingan ekonomi, graduan dengan nilai kompetitif dan berdaya saing menjadi pilihan majikan dan organisasi. Oleh itu, mahasiswa perlu bijak menyeimbangkan antara tuntutan kecemerlangan akademik dengan pengalaman kepemimpinan. Hakikatnya, mahasiswa proaktif dalam aktiviti khidmat sosial dan masyarakat pasti dirujuk mempunyai kepemimpinan baik, empati tinggi, semangat kerja berpasukan dan bertoleransi. Tidak hairanlah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melancarkan Program Semarak Siswi Madani bertujuan memperkasa bakat dan kemahiran mahasiswa dalam menangani isu serta masalah komuniti setempat.