Analisis kesediaan industri makanan untuk melaksanakan Sistem Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) secara wajib dan menyeluruh
Malaysia telah melaksanakan Skim Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) secara sukarela sejak 46 tahun lalu. Pengalaman melaksanakan SPHM yang panjang ini seharusnya dieksploitasi untuk melonjakkan perlaksanaannya secara wajib dan menyeluruh. Kajian yang dijalankan ini cuba menganalisa tahap kesediaa...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English English English |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/106368/1/ICICM2022%20Full%20Paper%20Bahasa%20Melayu%20Dr%20Ibrahim%20Abu%20Bakar.pdf http://irep.iium.edu.my/106368/2/TENTATIF%20PERSIDANGAN%20ICICM2022.pdf http://irep.iium.edu.my/106368/3/Receipe%20ICICM2022.pdf http://irep.iium.edu.my/106368/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Malaysia telah melaksanakan Skim Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) secara sukarela sejak 46 tahun lalu.
Pengalaman melaksanakan SPHM yang panjang ini seharusnya dieksploitasi untuk melonjakkan
perlaksanaannya secara wajib dan menyeluruh. Kajian yang dijalankan ini cuba menganalisa tahap
kesediaan industri makanan di Malaysia untuk melaksanakan SPHM secara wajib dan menyeluruh. Ia
melibatkan kajian ke atas hampir keseluruhan jenis premis pengeluaran dan perkhidmatan makanan di
Malaysia di mana seramai 514 orang responden yang merupakan pemilik syarikat atau pekerja di premis
makanan dipilih secara rawak berstruktur. Data-data kajian dikumpul menggunakan borang soalselidik
yang direka khusus dan dianalisa secara statistik menggunakan program komputer SPSS 25.0 Windows.
Kajian menunjukkan tahap kesediaan pemilik syarikat dan pekerja di premis makanan untuk melaksanakan
SPHM secara wajib dan menyeluruh adalah sederhana tinggi (64.0%) di mana tahap kesediaan tersebut
tidak dipengaruhi oleh faktor negeri dan kedudukan premis makanan. Pengaruh jenis premis makanan,
jantina, umur, status perkahwinan, tahap pendidikan, bangsa dan agama ke atas tahap kesediaan adalah
kecil atau sangat kecil. Hanya faktor tahap pendidikan, bangsa dan agama sahaja yang memberikan kesan
melebihi sepuluh peratus. Pemilik syarikat dan pekerja di premis makanan yang mendapat pendidikan
peringkat sekolah menengah memberikan persetujuan yang paling tinggi. Begitu juga dengan mereka yang
berbangsa Melayu dan mereka yang beragama Islam. Sebaliknya pemilik syarikat dan pekerja di premis
makanan yang hanya mendapat pendidikan di peringkat sekolah rendah memberikan persetujuan yang
paling rendah, begitu juga dengan mereka yang berbangsa India dan mereka yang beragama Kristian dan
Hindu. |
---|