Keberkesanan papan pelangi dalam Program Pendidikan Khas Integrasi Pendidikan Islam 3.0

Dalam menghadapi kemajuan revolusi industri 4.0 tidak ketinggalan sektor pendidikan, Program Pendidikan Khas Integrasi SK Tmn Tun Aminah mengambil inisiatif mencipta “Papan Pelangi” yang mempunyai ciri tarikan emosi MBK yang menarik disamping merangsang daya intelektual (murid berkeperluan khas) dal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Bahrom, Suhaila, Maskan, Mohd Firdaus, Mohd Zarifi, Muhammad Asyraf Daniyal, Mohd Al-Fattah, Nur Alisha Athirah, Mohd Firdaus, Anas, Mohd Firdaus, Amirah
Format: Proceeding Paper
Language:English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/105457/1/Creations-de-UiTM-2023-Abstract-Book.pdf
http://irep.iium.edu.my/105457/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam menghadapi kemajuan revolusi industri 4.0 tidak ketinggalan sektor pendidikan, Program Pendidikan Khas Integrasi SK Tmn Tun Aminah mengambil inisiatif mencipta “Papan Pelangi” yang mempunyai ciri tarikan emosi MBK yang menarik disamping merangsang daya intelektual (murid berkeperluan khas) dalam membanding beza huruf jawi yang seolah-olah sama bentuk. Terdapat 3 masalah utama iaitu masalah kecelaruan dengan huruf yang seakan sama; masalah lambat untuk memberi respon kerana keraguan dengan huruf yang seakan sama; masalah afektif iaitu keadaan mood yang lemah kerana bosan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berbentuk deskriptif. Data dikumpul melalui pemerhatian. Sampel dilakukan pada 10 orang pelajar. Pelajar di pantau melalui penilaian bilik darjah berfokus pada pemahaman selepas belajar dan keberkesanan produk yang dilakukan ketika subjek Pendidikan Islam. Hasil kajian mendapati 10/10 murid dapat menguasai huruf yang sama bentuk tetapi berlainan bunyi dan meningkatkan fokus pelajar. Sementara itu, “Papan Pelangi” dapat mengoptimakan keupayaan murid khususnya MBK dalam subjek pendidikan Islam dengan keberhasilan pencapaian melalui penilaian bilik darjah yang dilakukan guru. Dalam pada itu, “Papan Pelangi” direka dengan kompenan teknologi terkini dalam bentuk bahan bantu mengajar yang sesuai dengan peredaran zaman juga mampu menarik minat MBK serta mencapai objektif kajian. Selain itu juga, “Papan Pelangi” direka dengan alatan yang murah dan mudah didapati disamping kualiti yang mampu tahan lasak sesuai dengan murid berkeperluan khas.