Persepsi mahasiswa kulliyyah bahasa dan pengurusan, UIAM terhadap tulisan jawi

Penguasaan tulisan Jawi masyarakat khususnya golongan remaja pada masa kini boleh dilihat dalam keadaan yang amat membimbangkan. Sebahagian besar bangsa Melayu khususnya golongan remaja masih lagi tidak menguasai tulisan Jawi dengan baik. Kesannya telah mengakibatkan masih ramai individu yang menjad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saimon, Aminnudin, Takmad, Nur Hidayah
Format: Article
Language:English
Published: UTM Press 2023
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/105020/7/105020_Persepsi%20mahasiswa%20kulliyyah%20bahasa%20dan%20pengurusan.pdf
http://irep.iium.edu.my/105020/
https://journals.utm.my/lsp/issue/current
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penguasaan tulisan Jawi masyarakat khususnya golongan remaja pada masa kini boleh dilihat dalam keadaan yang amat membimbangkan. Sebahagian besar bangsa Melayu khususnya golongan remaja masih lagi tidak menguasai tulisan Jawi dengan baik. Kesannya telah mengakibatkan masih ramai individu yang menjadi buta Jawi akibat peminggiran dalam menjaga kepentingan pemeliharaan tulisan Jawi. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan persepsi mahasiswa mengenai tulisan Jawi. Objektif bagi kajian ini adalah mengenal pasti persepsi mahasiswa UIAM terhadap tulisan Jawi serta menghuraikan persepsi mahasiswa UIAM terhadap pemeliharaan tulisan Jawi. Kajian ini berbentuk kajian gabungan yang mana pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dengan menemu bual seramai 3 orang responden beserta kaedah kuantitatif dengan menyebarkan borang soal selidik secara dalam talian seramai 50 responden yang berlatarbelakangkan pelajar Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan. Hasil dapatan mendapati bahawa kesemua pelajar masih menunjukkan minat dalam mengambil berat terhadap kepentingan tulisan Jawi. Kesemua soalan yang telah dijawab menunjukkan tahap yang tinggi dan boleh dipercayai apabila jumlah Cronbach’s Alpha memiliki jumlah yang sangat baik. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa kajian ini telah mencapai tahap yang memuaskan apabila segala persoalan dan objektif kajian dapat diselesaikan menerusi penghasilan kajian ini.