Kesan Kosovo

Kosovo, sebuah wilayah kecil di Balkan, mengumumkan kemerdekaannya dari Serbia pada bulan Januari 2008. Hal itu memicu banyak pihak yang sekian lama berazam mahu membebaskan diri daripada kekuasaan pemerintahan pusat atas pelbagai sebab. Dahulu, ketika Timur Timor (kini Timor-Leste) berjaya melepask...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, Che Mahzan
Format: Article
Language:English
Published: Dewan Bahasa dan Pustaka 2009
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/10393/1/Kesan_Kosovo.pdf
http://irep.iium.edu.my/10393/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kosovo, sebuah wilayah kecil di Balkan, mengumumkan kemerdekaannya dari Serbia pada bulan Januari 2008. Hal itu memicu banyak pihak yang sekian lama berazam mahu membebaskan diri daripada kekuasaan pemerintahan pusat atas pelbagai sebab. Dahulu, ketika Timur Timor (kini Timor-Leste) berjaya melepaskan diri daripada belenggu Indonesia, gelora untuk berpisah tidaklah sehebat ini. Pertanyaan yang sering kedengaran adalah, jikalau Kosovo boleh merdeka, mengapakah wilayah lain tidak diizinkan berbuat hal yang sama? Alasan berselindung yang diberikan oleh Kesatuan Eropah ialah Kosovo itu kes istimewa berbanding dengan wilayah lain. Pihak Rusia berkata, Eropah membuat dua piawai berbeza apabila isu wilayah Cyprus Utara ditimbulkan. Wilayah Cyprus itu sudah tegak selama 40 tahun, tetapi tidak ada sebuah negara pun yang mahu mengiktiraf kemerdekaannya, kecuali Turki. Sehubungan dengan hal itu, beberapa wilayah yang terikat dengan Rusia bercadang memohon jasa baik Moscow untuk berpisah secara aman. Wilayah yang terlibat antaranya termasuklah Abkhazia dan Osetia Selatan.