Penggunaan kosa kata kerja Bahasa Minangkabau dan Bahasa Melayu Standard

Minangkabau atau juga dikenali sebagai Minang adalah bahasa yang digunakan oleh orang Minangkabau di Sumatera Barat dan Riau di Indonesia. Terdapat beberapa perselisihan mengenai hubungan bahasa Minangkabau dengan bahasa Melayu kerana persamaan bentuk tatabahasa. Oleh itu, kajian ini bertujuan untu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Anuar, Puteri Hazwani, Nahar, Nora'Azian
Format: Article
Language:Malay
Published: Kulliyyah of Languages & Management, IIUM 2022
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/103787/2/103787_Penggunaan%20Kosa%20Kata%20Kerja%20Bahasa%20Minangkabau.pdf
http://irep.iium.edu.my/103787/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Minangkabau atau juga dikenali sebagai Minang adalah bahasa yang digunakan oleh orang Minangkabau di Sumatera Barat dan Riau di Indonesia. Terdapat beberapa perselisihan mengenai hubungan bahasa Minangkabau dengan bahasa Melayu kerana persamaan bentuk tatabahasa. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membanding beza penggunaan kosa kata kerja bahasa Minangkabau dan bahasa Melayu standard serta membincangkan penggunaan kata kerja tunggal, terbitan, majmuk dan ganda dalam kalangan masyarakat Minangkabau di Kampung Padang, Hulu Langat Selangor. Dalam penyelidikan ini, penyelidik telah menggunakan kaedah kualitatif. Sebanyak lapan orang informan telah ditemu bual dalam kalangan komuniti Minangkabau dari Sumatera Barat yang tinggal di Hulu Langat, Selangor dan temu bual tersebut telah ditranskripsi untuk mendapatkan data yang relevan. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa perbezaan dan persamaan dalam perbendaharaan kata kerja melalui ucapan masyarakat Minangkabau dengan bahasa Melayu, seperti ambuih (tiup), gadang (besar) dan makan. Sementara itu, klasifikasi perbendaharaan kata kerja berdasarkan proses pembentukan kata tidak menemukan penggunaan kata kerja majmuk. Oleh itu, hasil kajian dapat diperluas dengan melengkapkan aspek morfologi untuk melihat penggunaan bahasa Minangkabau dalam kalangan masyarakat perantau yang terdapat di Malaysia.