GAJAH DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS RANGKA RUJUK SILANG

Keindahan peribahasa Melayu bukan hanya dapat dilihat melalui penggunaan bahasa yang puitis, namun dapat juga dilihat melalui penghasilan akal budi. Peribahasa yang indah dan mempunyai maksud yang mendalam terhasil melalui penghayatan dan akal budi yang tinggi masyarakat Melayu terhadap persekitaran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saimon, Aminnudin, Roslan, Muhammad Fuad
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi Malaysia 2022
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/102550/1/18883-Article%20Text-66825-1-10-20221224.pdf
http://irep.iium.edu.my/102550/
https://journals.utm.my/lsp/article/view/18883
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keindahan peribahasa Melayu bukan hanya dapat dilihat melalui penggunaan bahasa yang puitis, namun dapat juga dilihat melalui penghasilan akal budi. Peribahasa yang indah dan mempunyai maksud yang mendalam terhasil melalui penghayatan dan akal budi yang tinggi masyarakat Melayu terhadap persekitaran yang melatari kehidupan. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti domain berunsurkan gajah dalam peribahasa berpandukan data korpus yang diperoleh menerusi buku Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai hasil penulisan Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan (2011) dan laman sesawang www.malaycivilization.com. Kajian ini mengaplikasikan Rangka Rujuk Silang (RRS) daripada Kempson (1984). Hasil kajian mendapati unsur gajah berfungsi sebagai perlambangan dalam peribahasa Melayu yang mempunyai perkaitan rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu itu sendiri. Dapatan menunjukkan terdapat 45 peribahasa yang digunakan berobjekkan gajah. Daripada 45 peribahasa, kajian ini membahagikan kepada lima domain, iaitu domain kepimpinan (12 peribahasa) kemanusiaan (14 peribahasa), alam kehidupan (13 peribahasa), jimat cermat (3 peribahasa) dan ilmu pengetahuan (3 peribahasa). Pengamatan dan pengalaman hidup orang Melayu terhadap alam semula jadi menyumbang kepada pemikiran kreatif dalam menyampaikan mesej yang tersirat dengan penuh kesantunan.