Tegak keadilan persekutuan dalam perpaduan

“Keadilan seumpama tiang yang menegakkan alam. Kegagalan menegakkan keadilan secara menyeluruh boleh meruntuhkan alam. Lihat sahaja bagaimana sebuah empayar hebat boleh tumbang apabila pemimpinnya rakus bertuhankan nafsu.” Benar! Keadilan sangat penting dalam segenap sudut hidup manusia. Bahkan i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahim, Abdullah Bukhari
Format: Article
Language:Malay
Published: Utusan Malaysia Sdn. Bhd. 2022
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/101732/1/Tegak%20keadilan%20persekutuan%20dalam%20perpaduan.pdf
http://irep.iium.edu.my/101732/
https://www.utusan.com.my/category/gaya/agama/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:“Keadilan seumpama tiang yang menegakkan alam. Kegagalan menegakkan keadilan secara menyeluruh boleh meruntuhkan alam. Lihat sahaja bagaimana sebuah empayar hebat boleh tumbang apabila pemimpinnya rakus bertuhankan nafsu.” Benar! Keadilan sangat penting dalam segenap sudut hidup manusia. Bahkan ia dijulang tinggi oleh Islam melalui berbagai arahan Allah (al-Nisa’ 4:58 & al-Nahl 16:90). Penegakan keadilan bukan sahaja menjamin kestabilan hidup berpanjangan, ia juga mampu membaiki yang rosak serta mengharumkan nama. Pernah seorang teman yang juga peguam mengucapkan rasa syukur berikutan perubahan system kehakiman negara selepas berlaku Tsunami politik dalam PRU ke 14 dahulu. Menurutnya sebelum itu, system keadilan negara selalu menjadi bahan lawak dan cemuhan kerana “tiangnya” selalu digegar oleh sesetengah orang politik yang rakus. Pasca pengumuman kabinet baharu oleh Perdana Menteri ke 10 Datok Seri Anwar Ibrahim, mengundang berbagai respons. Apa yang pasti tiada yang sempurna di dunia ini. Yang menyokong akan sentiasa memuji melangit manakala yang tidak sebulu akan sentiasa mengkritik. Pun begitu, kritik anda biarlah objektif, beradab dan membina kerana teguran sinis bersulam sindir sukar diterima. Lalu matlamat menegur yang silap tak akan mencapai maksud. Jaga akhlak Islam dalam menegur kerana syaitan sentiasa mengintai peluang untuk mengeruhkan situasi pihak yang berselisih pandangan: وَقُلْ لِعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلْإِنْسَانِ عَدُوًّا مُبِينًا Ertinya: Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-Ku (yang beriman), “Supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kerana) sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (akibat cetusan kata-kata yang tidak baik); sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia” (al-Isra’ 17:53). ....