An Integrated Approach for Scheduling and Real-time Optimization in a Refrigerated Gas Plant

Loji penyejukan gas (RGP) menghadapi cabaran-cabaran operasi melalui tiga cara iaitu: 1) di aliran masuk, gas mentah berbilang aliran dicampur-aduk hingga menyebabkan naik-turun dalam kadar aliran dan kandungan gas; 2) di dalam RGP, penutupan tidak berjadual sering terjadi akibat kepincangan pera...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: YUSOFF, NOORYUSMIZA
Format: Thesis
Language:English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:http://utpedia.utp.edu.my/8060/1/2009-An%20Integrated%20Approach%20For%20Scheduling%20And%20Real-Time%20Optimization%20In%20a%20Refrigerated%20Gas%20Plant.pdf
http://utpedia.utp.edu.my/8060/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-utp-utpedia.8060
record_format eprints
spelling my-utp-utpedia.80602017-01-25T09:43:59Z http://utpedia.utp.edu.my/8060/ An Integrated Approach for Scheduling and Real-time Optimization in a Refrigerated Gas Plant YUSOFF, NOORYUSMIZA TP Chemical technology Loji penyejukan gas (RGP) menghadapi cabaran-cabaran operasi melalui tiga cara iaitu: 1) di aliran masuk, gas mentah berbilang aliran dicampur-aduk hingga menyebabkan naik-turun dalam kadar aliran dan kandungan gas; 2) di dalam RGP, penutupan tidak berjadual sering terjadi akibat kepincangan peralatan; 3) di hiliran, kualiti produk yang ketat dikuatkuasakan oleh pelanggan-pelanggannya. Dari sudut perniagaan, RGP menandatangani pelbagai perjanjian dengan pengeluar-pengeluar gas mentah. Harga gas mentah berubah bergantung kepada kualiti gas dan tempoh kontrak. Harga-harga gas asli cecair yakni etana, propana, butana dan hasil pemeluwapan diapung kepada nilai-nilai pasaran. Sebaliknya, harga gas asli ditentukan oleh kerajaan. Cabaran-cabaran ini memaksa RGP untuk meningkatkan kecekapan dan seterusnya mempertahankan keuntungan. Satu bidang yang dikenalpasti dalam peningkatan kecekapan ialah semasa perancangan pengendalian. Perancangan sebegini mengemukakan masalah penjadualanjangka pendek dan selanjar di mana sasaran-sasaran dilaksanakan secara langsung oleh alat-alat kawalan regulatori. Walaupun amalan ini diterimapakai sekarang, faedah ekonomi boleh dipertingkatkan dengan kekerapan penilaian semula sasaran-sasaran loji melalui pengoptimuman masa-nyata (RTO). Oleh kerana penjadualan diusahakan pada skala masa yang lebih panjang (hari-minggu) berbanding dengan RTO Gam-hari) dan kawalan (saat-minit), integrasi ketiga-tiga lapisan automasi ini adalah sukar. Tesis ini mencadangkan satu rangkakerja yang menyepadukan penjadualan dan RTO untuk RGP. Pada lapisan atas, satu model dinamik RGP dikemukakan kepada tiga jenis masalah penjadualan yakni aliran masuk, beban, dan mod. Penjadualan aliran masuk merujuk kepada pencampuran pecahan-pecahan tertentu gas mentah yang reridah dan tinggi dengan kandungan hidrokarbon pada kadar loji biasa iaitu 280 tan/jam. Penjadualan beban merujuk kepada mempelbagaikan kadar aliran gas mentah rendah kandungan hidrokarbon sebanyak ±30 tan/jam. Penjadualan mod merujuk kepada mengubah mod pengendalian loji daripada gas asli kepada gas asli cecair, dan seb~liknya. Sasaran-sasaran daripada lapisan penjadualan dinamik dihulurkan kepada' lapisan RTO berkeadaan mantap. Ketidakseragaman antara model dan loji dikurangkan dengan cara menggantikan nilai-nilai pembolehubah utama antara model berdinamik dah modelberkeadaan mantap. Trajektori-trajektori optimum diperolehi menggunakan algoritma pemprograman kuadratik berjujukan dengan kekangan. Trajektori-trajektori ini dilaksanakan secara berasingan oleh skim kawalan ramalan bermodel (MPC) dan alat-alat kawalan berkadar-kamiran (PI) untuk perbandingan. Lapan kajian kes bagi setiap masalah penjadualan dipersembah untuk menunjukkan kemujaraban teknik yang dicadangkan. 2009-09 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://utpedia.utp.edu.my/8060/1/2009-An%20Integrated%20Approach%20For%20Scheduling%20And%20Real-Time%20Optimization%20In%20a%20Refrigerated%20Gas%20Plant.pdf YUSOFF, NOORYUSMIZA (2009) An Integrated Approach for Scheduling and Real-time Optimization in a Refrigerated Gas Plant. PhD thesis, Universiti Teknologi PETRONAS.
institution Universiti Teknologi Petronas
building UTP Resource Centre
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Teknologi Petronas
content_source UTP Electronic and Digitized Intellectual Asset
url_provider http://utpedia.utp.edu.my/
language English
topic TP Chemical technology
spellingShingle TP Chemical technology
YUSOFF, NOORYUSMIZA
An Integrated Approach for Scheduling and Real-time Optimization in a Refrigerated Gas Plant
description Loji penyejukan gas (RGP) menghadapi cabaran-cabaran operasi melalui tiga cara iaitu: 1) di aliran masuk, gas mentah berbilang aliran dicampur-aduk hingga menyebabkan naik-turun dalam kadar aliran dan kandungan gas; 2) di dalam RGP, penutupan tidak berjadual sering terjadi akibat kepincangan peralatan; 3) di hiliran, kualiti produk yang ketat dikuatkuasakan oleh pelanggan-pelanggannya. Dari sudut perniagaan, RGP menandatangani pelbagai perjanjian dengan pengeluar-pengeluar gas mentah. Harga gas mentah berubah bergantung kepada kualiti gas dan tempoh kontrak. Harga-harga gas asli cecair yakni etana, propana, butana dan hasil pemeluwapan diapung kepada nilai-nilai pasaran. Sebaliknya, harga gas asli ditentukan oleh kerajaan. Cabaran-cabaran ini memaksa RGP untuk meningkatkan kecekapan dan seterusnya mempertahankan keuntungan. Satu bidang yang dikenalpasti dalam peningkatan kecekapan ialah semasa perancangan pengendalian. Perancangan sebegini mengemukakan masalah penjadualanjangka pendek dan selanjar di mana sasaran-sasaran dilaksanakan secara langsung oleh alat-alat kawalan regulatori. Walaupun amalan ini diterimapakai sekarang, faedah ekonomi boleh dipertingkatkan dengan kekerapan penilaian semula sasaran-sasaran loji melalui pengoptimuman masa-nyata (RTO). Oleh kerana penjadualan diusahakan pada skala masa yang lebih panjang (hari-minggu) berbanding dengan RTO Gam-hari) dan kawalan (saat-minit), integrasi ketiga-tiga lapisan automasi ini adalah sukar. Tesis ini mencadangkan satu rangkakerja yang menyepadukan penjadualan dan RTO untuk RGP. Pada lapisan atas, satu model dinamik RGP dikemukakan kepada tiga jenis masalah penjadualan yakni aliran masuk, beban, dan mod. Penjadualan aliran masuk merujuk kepada pencampuran pecahan-pecahan tertentu gas mentah yang reridah dan tinggi dengan kandungan hidrokarbon pada kadar loji biasa iaitu 280 tan/jam. Penjadualan beban merujuk kepada mempelbagaikan kadar aliran gas mentah rendah kandungan hidrokarbon sebanyak ±30 tan/jam. Penjadualan mod merujuk kepada mengubah mod pengendalian loji daripada gas asli kepada gas asli cecair, dan seb~liknya. Sasaran-sasaran daripada lapisan penjadualan dinamik dihulurkan kepada' lapisan RTO berkeadaan mantap. Ketidakseragaman antara model dan loji dikurangkan dengan cara menggantikan nilai-nilai pembolehubah utama antara model berdinamik dah modelberkeadaan mantap. Trajektori-trajektori optimum diperolehi menggunakan algoritma pemprograman kuadratik berjujukan dengan kekangan. Trajektori-trajektori ini dilaksanakan secara berasingan oleh skim kawalan ramalan bermodel (MPC) dan alat-alat kawalan berkadar-kamiran (PI) untuk perbandingan. Lapan kajian kes bagi setiap masalah penjadualan dipersembah untuk menunjukkan kemujaraban teknik yang dicadangkan.
format Thesis
author YUSOFF, NOORYUSMIZA
author_facet YUSOFF, NOORYUSMIZA
author_sort YUSOFF, NOORYUSMIZA
title An Integrated Approach for Scheduling and Real-time Optimization in a Refrigerated Gas Plant
title_short An Integrated Approach for Scheduling and Real-time Optimization in a Refrigerated Gas Plant
title_full An Integrated Approach for Scheduling and Real-time Optimization in a Refrigerated Gas Plant
title_fullStr An Integrated Approach for Scheduling and Real-time Optimization in a Refrigerated Gas Plant
title_full_unstemmed An Integrated Approach for Scheduling and Real-time Optimization in a Refrigerated Gas Plant
title_sort integrated approach for scheduling and real-time optimization in a refrigerated gas plant
publishDate 2009
url http://utpedia.utp.edu.my/8060/1/2009-An%20Integrated%20Approach%20For%20Scheduling%20And%20Real-Time%20Optimization%20In%20a%20Refrigerated%20Gas%20Plant.pdf
http://utpedia.utp.edu.my/8060/
_version_ 1739831533675479040
score 13.18916