Harta si Mati Mualaf: Antara Tuntutan Keluarga Bukan Islam dan Hak Baitulmal
Perbahasan hukum syarak menjelaskan kedudukan seseorang mualaf seperti pasangan yang perlu diceraikan, anak-anak perlu dipisahkan, tidak boleh mewarisi harta daripada bukan Islam dan sebaliknya, termasuk tempat pengkebumian jenazah perlu diasingkan daripada umat Islam. Fenomena ini mengakibatkan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/987/1/FH03-FUHA-18-12897.pdf http://eprints.unisza.edu.my/987/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perbahasan hukum syarak menjelaskan kedudukan seseorang mualaf seperti pasangan yang perlu
diceraikan, anak-anak perlu dipisahkan, tidak boleh mewarisi harta daripada bukan Islam dan
sebaliknya, termasuk tempat pengkebumian jenazah perlu diasingkan daripada umat Islam.
Fenomena ini mengakibatkan pendebatan konflik perundangan, isu-isu berhubung bidang kuasa
Baitulmal dan Mahkamah Syariah, sama ada dalam perbicaraan sivil seperti perintah Estopel
atau Injuksi, Surat Kuasa Mentadbir dan perintah Anggapan Mati, sering dipersoalkan oleh
Mahkamah Sivil. Begitu juga perbicaraan jenayah, keputusan Mahkamah Syariah kerap menjadi
sasaran kritikan terutamanya isu murtad yang terdapat banyak rentetan daripadanya seperti hak
hadanah, pencen suami, nafkah isteri, pembahagian harta sepencarian dan lain-lain perkara yang
sehingga kini masih tiada kaedah penyelesaian terakhir. Bahkan peranan Baitulmal terhad
kepada pengurusan hartanah wakaf, harta pusaka baki faraid dan pelaburan hartanah. Makalah
ini akan membahaskan beberapa alternatif bagi memastikan harta peninggalan mualaf masih
boleh dikuasai oleh pihak Baitulmal dan kekal di bawah pengurusan masyarakat Islam. |
---|