Pelaksanaan fiqh muamalat orang kelainan upaya (OKU) di Malaysia: Isu dan cabaran

Fiqh Muamalat merupakan satu cabang ilmu yang penting dalam kehidupan masyarakat termasuklah golongan normal mahupun Orang Kelainan Upaya (OKU). Namun, timbul beberapa isu dan cabaran dalam pelaksanaan Fiqh Muamalat bagi golongan OKU di Malaysia. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan def...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdulsoma, Thoarlim, Azman, Ab Rahman, Norlina, Ismail
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/883/1/FH03-FKI-18-13055.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/883/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Fiqh Muamalat merupakan satu cabang ilmu yang penting dalam kehidupan masyarakat termasuklah golongan normal mahupun Orang Kelainan Upaya (OKU). Namun, timbul beberapa isu dan cabaran dalam pelaksanaan Fiqh Muamalat bagi golongan OKU di Malaysia. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan definisi OKU dan konsep Fiqh Muamalat dalam Islam, di samping mengenal pasti isu-isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh golongan OKU khususnya dalam aspek jual beli, simpanan dan pinjaman di institusi perbankan, agensi kerajaan mahupun swasta. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah kajian dokumentasi dan temu bual. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa isu dan cabaran dari sudut pelaksanaan Fiqh Muamalat yang melibatkan golongan OKU ketika berurusan dengan golongan normal seperti masalah komunikasi untuk berinteraksi antara satu sama lain. Di samping itu, terdapat juga cabaran dari sudut pelaksanaan prosedur dan terma yang diguna pakai dalam urusan jual beli, simpanan dan pinjaman serta medium yang digunakan bagi menyampaikan maklumat kepada OKU. Kertas kerja ini diharapkan dapat memberi panduan khususnya kepada pihak berwajib yang terlibat secara langsung dalam pengurusan muamalat OKU dan umumnya kepada masyarakat di Malaysia. Kajian lanjutan perlu dijalankan bagi mengenal pasti kekangan dan cabaran kontemporari seterusnya dapat mencadangkan penambahbaikan bagi mengatasi isu dan cabaran dalam pelaksanaan fiqh muamalat bagi golongan OKU dari semasa ke semasa