Terapi Wuduk Dalam Mengubah Tingkah Laku Negatif Murid Prasekolah

Masalah tingkah laku dalam kalangan murid prasekolah merupakan fenomena biasa dan acap kali bcrlaku. Situasi ini boleh menyebabkan wujud suasana pengajaran dan pembelajaran yang tidak kondusif. Antara bentuk masalah tingkah laku yang dilakukan ialah terlampau aktif, lasak, tidak boleh duduk diam, da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zanariah, Mat Isa, Rosemini, Abdul Salam, Kamarul Shukri, Mat Teh
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/878/1/FH03-FKI-17-08960.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/878/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masalah tingkah laku dalam kalangan murid prasekolah merupakan fenomena biasa dan acap kali bcrlaku. Situasi ini boleh menyebabkan wujud suasana pengajaran dan pembelajaran yang tidak kondusif. Antara bentuk masalah tingkah laku yang dilakukan ialah terlampau aktif, lasak, tidak boleh duduk diam, daya tumpuan yang singkat, sukar mengawal emosi dan tidak boleh mengikut peraturan. Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengubah tingkah laku negatif pasangan kembar murid prasekolah. Subjek ini telah dikenal pasti mengalami masalah tingkah laku melalui pemerhatian, senarai semak dan temu bual. Kaedah terapi wuduk telah dipilih untuk membantu mengatasi masalah tingkah laku mereka. Setelah dua minggu terapi wuduk dilakukan, subjek kajian telah menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif. Subjek sudah mula fokus terhadap pengajaran dan pcmbelajaran, mendengar dan mcngikut arahan guru, bersosialisasi dengan rakan-rakan dan bercakap dengan sopan santun. Hasil kajian ini menunjukkan terapi wuduk telah mengubah tingkah laku negatif subjek kajian. Terapi wuduk ini boleh dan mudah dilaksanakan oleh guru, pembantu guru ataupun ibu bapa.