Analisis sorotan literatur bagi kajian darah wanita
Artikel ini bertujuan menyorot penentuan kiraan haid menurut syarak. Haid merupakan fitrah yang dicipta oleh Allah SWT ke atas wanita. Secara umumnya, setiap wanita mengalami kitaran haid tersendiri yang boleh menggambarkan tahap kesihatan mereka. Meskipun begitu, terdapat wanita yang masih kelir...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/7474/1/FH02-FKI-20-48495.pdf http://eprints.unisza.edu.my/7474/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Artikel ini bertujuan menyorot penentuan kiraan haid menurut syarak. Haid merupakan fitrah
yang dicipta oleh Allah SWT ke atas wanita. Secara umumnya, setiap wanita mengalami kitaran
haid tersendiri yang boleh menggambarkan tahap kesihatan mereka. Meskipun begitu, terdapat
wanita yang masih keliru dan kurang jelas tentang haid mereka apabila kitaran haid yang tidak
teratur berlaku. Hal ini turut membawa kepada kekeliruan dalam penentuan hukum sesetengah
ibadat apabila kitaran menstruasi berlaku secara tidak normal. Oleh itu, artikel ini bertujuan
menyorot kajian-kajian lepas berkaitan dengan darah wanita. Kajian ini bersifat kualitatif
menggunakan kaedah analisis kandungan yang menyorot kajian-kajian lepas berkaitan darah
wanita. Hasil sorotan mendapati bahawa, kebanyakan kajian yang dilakukan oleh ulama silam
mahupun kontemporari menyentuh berkaitan darah wanita. Berdasarkan literatur yang dijalankan
mendapati cara perkiraan yang sistematik masih kurang dijalankan dan tahap kefahaman masyarakat terhadap perkiraan masih keliru. Justeru, kaedah perkiraan yang betul sangat penting
dalam membantu wanita dalam menentukan haid. |
---|