Bentuk halangan keluarga dalam membantu pemulihan penagih opiat di Negeri Terengganu
Proses pemulihan ketagihan dadah termasuk opiat adalah proses yang berlaku sepanjang hayat. Pemulihan ini tidak berlaku dalam pembersihan fizikal, tetapi memerlukan motivasi diri penagih yang kuat. Keluarga bertindak sebagai sumber sokongan yang membekalkan pelbagai aspek bantuan. Namun, seiring...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/7354/1/FH02-PPT-20-45645.pdf http://eprints.unisza.edu.my/7354/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Proses pemulihan ketagihan dadah termasuk opiat adalah proses yang berlaku sepanjang hayat.
Pemulihan ini tidak berlaku dalam pembersihan fizikal, tetapi memerlukan motivasi diri penagih yang
kuat. Keluarga bertindak sebagai sumber sokongan yang membekalkan pelbagai aspek bantuan. Namun,
seiring proses yang panjang, keluarga berhadapan dengan halangan untuk kekal bersama-sama dengan
pemulihan penagih. Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti bentuk halangan yang dihadapi oleh
keluarga penagih opiat di negeri Terengganu. Kajian ini menggunakan kaedah campuran (mixed
method) dengan menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Pengumpulan data dilakukan
menerusi temu bual berkumpulan (Focus Group Discussion) melibatkan 10 buah keluarga di
Terengganu dan soal selidik ke atas 177 orang ahli keluarga kepada penagih opiat di Negeri Terengganu.
Data kualitatif dianalisis menggunakan perisian NVIVO untuk mendapatkan tema jawapan sementara
data kuantitatif dianalisis menggunakan analisis deskriptif perisian SPSS. Dapatan menunjukkan
responden berhadapan dengan halangan pengetahuan, diikuti emosi, interaksi dan stigma di tahap
sederhana manakala halangan peminggiran berada di tahap rendah. Halangan ini dibincangkan dan
dijelaskan menerusi dapatan temu bual. Kesukaran yang dihadapi oleh keluarga menjadi halangan
kepada kesungguhan usaha membantu penagih untuk meninggalkan ketagihan |
---|