Implementasi fiqh aghlabiyyah dan kepentingannya dalam masyarakat majmuk di Malaysia
Fiqh Aqalliyat (minoriti) adalah salah satu pendekatan fiqh terkini yang dikemukakan dalam menangani isu-isu minoriti Muslim. Ia merujuk kepada keperluan realiti masyarakat minoriti Muslim untuk berinteraksi dengan masyarakat majoriti non Muslim di sesebuah negara secara harmoni. Malangnya dalam...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/7353/1/FH02-PPT-20-45643.pdf http://eprints.unisza.edu.my/7353/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Fiqh Aqalliyat (minoriti) adalah salah satu pendekatan fiqh terkini yang dikemukakan dalam menangani
isu-isu minoriti Muslim. Ia merujuk kepada keperluan realiti masyarakat minoriti Muslim untuk
berinteraksi dengan masyarakat majoriti non Muslim di sesebuah negara secara harmoni. Malangnya
dalam beberapa keadaan pendekatan ini cuba digeneralisasikan pelaksanaannya di negara bermajoriti
Muslim. Hal ini adalah tidak sesuai dengan perkiraan kesetempatan hukum dan perkiraan aspek
demografi dalam fiqh kenegaraan Islam. Justeru kertas ini cuba membuat tinjauan awal terhadap
gagasan Fiqh Aghlabiyyah dan kepentingannya dalam konteks negara majmuk seperti di Malaysia.
Kajian berbentuk kualitatif ini akan melibatkan kajian dokumentasi sepenuhnya. Fakta-fakta akan
dianalisis secara kritis melalui kaedah induktif, deduktif, dan historikal demi mencetuskan idea, konsep
terasas dan kepentingan Fiqh Aghlabiyyah. Kajian mendapati Fiqh Aghlabiyyah ini adalah satu bentuk
kerangka pemikiran fiqh yang perlu digagaskan dalam konteks negara berpenduduk majoriti Muslim
masa kini dalam menguruskan sesebuah negara majmuk. Asasnya boleh dikesan dalam lipatan sirah
nabawiyah, perbahasan ilmu Usul Fiqh serta Fiqh Kenegaraan Islam. Implementasi konsep Fiqh
Aghlabiyyah ini, dilihat mampu memandu pihak kerajaan, para pemimpin, badan fatwa dan pihak
berkuasa agama dalam usaha mengekalkan serta mengukuhkan kestabilan, integrasi nasional dan
perpaduan kaum, keadilan dan risalah Islam sesebuah negara yang penduduknya adalah majoriti
Muslim. |
---|