Tadbir urus harta kanak-kanak menurut perspektif syarak

Golongan kanak-kanak juga berhak memiliki harta walaupun mereka merupakan golongan yang masih kecil, lemah fizikal dan mental untuk mentadbir harta. Kelayakan kanak-kanak untuk menerima dan melaksanakan tuntutan syarak khususnya dalam perkara muamalah dibahagikan mengikut kategori kanak-kanak iai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noorsafuan, Che Noh, Md Yazid, Ahmad, Rosnani, Hussain
Format: Article
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/6808/1/FH02-FKI-20-36981.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/6808/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Golongan kanak-kanak juga berhak memiliki harta walaupun mereka merupakan golongan yang masih kecil, lemah fizikal dan mental untuk mentadbir harta. Kelayakan kanak-kanak untuk menerima dan melaksanakan tuntutan syarak khususnya dalam perkara muamalah dibahagikan mengikut kategori kanak-kanak iaitu bermula dari peringkat janin dalam kandungan, bayi yang baru dilahirkan, kanakkanak yang mumayyiz dan kanak-kanak yang telah baligh. Bagi kanak-kanak yang tidak mampu melaksanakan tuntutan syarak dalam urusan muamalah kerana faktor di atas, maka pengurusan harta kanak-kanak ini perlu ditadbir oleh wali atau wasi yang berkelayakan menurut syarak. Sejajar dengan itu, objektif penulisan ini adalah untuk membincangkan tadbir urus harta kanak-kanak menurut perspektif syarak bagi menjamin dan memelihara kebajikan mereka. Kajian kualitatif berdasarkan kajian analisis kandungan ini menggunakan pendekatan kaedah analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Maklumat dan data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Kajian ini menjelaskan bahawa pihak yang diberi tanggungjawab mengurus dan mentadbir harta kanak-kanak perlu mengikuti kaedah pelaksanaan tadbir urus berlandaskan syariat Islam, kerana ia mampu menjaga kemaslahatan kanak-kanak tersebut dan hartanya daripada dieksploitasi dan dimanipulasi oleh pihak lain.