Psikologi pembangunan kanak-kanak: Perkaitan antara psikologi Pendidikan Barat dan psikologi Pendidikan Islam

Pendidikan Islam dan Barat dilihat jauh berbeza terutamanya dalam aspek dasar dan matlamat. Pendidikan Islam berorientasikan ketuhanan, untuk mencapai makrifat Allah dan mengarahkan kepada kejayaan di dunia dan akhirat manakala pendidikan Barat beracuankan ideologi pemikiran manusia yang meletakk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Samhani, Ismail, Siti Atiyah, Ali, Nurfaizatul Aisyah, ., Abdul Rahman, Omar
Format: Article
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/6711/1/FH02-FP-20-38617.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/6711/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan Islam dan Barat dilihat jauh berbeza terutamanya dalam aspek dasar dan matlamat. Pendidikan Islam berorientasikan ketuhanan, untuk mencapai makrifat Allah dan mengarahkan kepada kejayaan di dunia dan akhirat manakala pendidikan Barat beracuankan ideologi pemikiran manusia yang meletakkan akal manusia di tempat tertinggi. Walau bagaimanapun, kedua-dua acuan Barat dan Islam ini berpaksikan kepada satu tunjang utama iaitu pembangunan psikologi dalam membangunkan karakter dan peribadi manusia yang bertamadun, yang awalnya dibentuk dari awal umur lagi. Namun, proses westernisasi ilmu memberi kesan kepada sistem pendidikan Islam yang akhirnya ia dilihat sebagai kehilangan identiti dan lebih malang, memberi kesan kepada generasi anak-anak pada dewasa ini. Di celahan jurang perbezaan yang besar antara keduanya, terdapatnya hubung kait dan persamaan yang perlu diangkat dan dinilai semula serta dimurnikan selari dengan konsep Islam. Penyepaduan di antara dua nilai ini dilihat bakal memberi kesan kepada institusi pendidikan di samping membina keyakinan terhadap sistem pendidikan Islam yang syumul dan jauh daripada kelompangan.