Pemerhatian terhadap terjemahan teks sejarah Islam ke dalam bahasa melayu

Teks sejarah Islam merupakan nadi penting yang menyimpan khazanah arkeologi sejarah ketamadunan Islam yang terbina. Catatan yang terkandung dalam teks ini menjadi sumber yang penting untuk dihayati oleh seluruh umat Islam kerana pemahaman sejarah yang baik mampu membina kepercayaan keagamaan yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Abdul Hayyi, Wan Omar, Idris, Mansor
Format: Article
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/6710/1/FH02-FBK-20-38605.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/6710/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Teks sejarah Islam merupakan nadi penting yang menyimpan khazanah arkeologi sejarah ketamadunan Islam yang terbina. Catatan yang terkandung dalam teks ini menjadi sumber yang penting untuk dihayati oleh seluruh umat Islam kerana pemahaman sejarah yang baik mampu membina kepercayaan keagamaan yang kukuh. Hal ini demikian kerana segala catatan ajaran, asbab dan perkembangan Islam yang berlaku termasuk perihal berkaitan asbab alnuzul dan asbab al-wurud sesuatu ajaran dicitrakan dalam genre teks ini. Namun begitu, tidak semua penganut Islam mampu memahaminya disebabkan ketidakmampuan mereka dalam menguasai bahasa Arab. Lantaran itu, mereka perlu bergantung kepada teks sejarah terjemahan sebagai wadah sandaran. Sungguhpun begitu, kewujudannya amat sukar ditemui walaupun aktiviti penterjemahan teks agama Islam seperti fikah, usul fiqah, tasawuf, aqidah, tafsir, al-Quran dan hadis ke dalam bahasa Melayu di Nusantara telah berlaku sejak kurun ke-15 Masihi. Untuk itu, kajian ini dijalankan dengan memberi fokus terhadap senario perkembangan aktiviti terjemahan teks sejarah Islam sedia ada serta meneliti corak terjemahan yang digunakan. Kajian ini dijalankan dengan mengimplikasi pendekatan kajian kepustakaan dan penilaian ke atas dua teks terjemahan, iaitu Sirah Nabawiyyah hasil terjemahan Muhammad Ramzi Omar (2017) dan Sirah Rasulullah s.a.w Keagungan Seorang Nabi Bongsu hasil terjemahan Senawi Ali (2014) dan dibandingkan dengan teks sumber yang berjudul al-Raheeq al-Makhtum oleh Al-Mubarakpuri (1987). Dapatan kajian menunjukkan keterbatasan dalam aktiviti penterjemahan teks genre sejarah Islam berbanding dengan teks Islam daripada genre yang lain. Kebanyakan teks terjemahan sejarah Islam lebih berbentuk saduran dan pendekatan terjemahan yang digunakan lebih cenderung kepada pendekatan semantik. Situasi ini menyebabkan hasil terjemahan lebih cenderung ke arah bahasa dan budaya teks sumber berbanding kecenderungan kepada bahasa dan budaya sasaran.