Hubungan antara penagihan dadah dengan keganasan rumah tangga (The relationship between drug addiction and domestic violence)
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara-negara anggotanya melalui Resolusi Perhimpunan Kesihatan Sedunia 49.25 telah mengakui bahawa keganasan adalah masalah awam yang serius dan juga merupakan suatu pencabulan hak asasi manusia. Di Malaysia, istilah “keganasan rumah tangga” merujuk kepada...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/6678/1/FH02-FP-20-36983.pdf http://eprints.unisza.edu.my/6678/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara-negara anggotanya melalui Resolusi Perhimpunan
Kesihatan Sedunia 49.25 telah mengakui bahawa keganasan adalah masalah awam yang serius dan juga
merupakan suatu pencabulan hak asasi manusia. Di Malaysia, istilah “keganasan rumah tangga” merujuk
kepada keganasan yang dilakukan oleh pasangan terhadap isteri atau orang yang disayangi. Statistik
menunjukkan bahawa kes penagihan dadah meningkat seiring dengan peningkatan jumlah kes keganasan
rumah tangga. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji perspektif responden berkenaan keganasan rumah
tangga terutamanya dalam kalangan pengguna-pengguna opiat di Malaysia khususnya di Terengganu
seterusnya kesan penagihan dadah terhadap keharmonian rumah tangga. Kaedah pengajian prospektif telah
dijalankan dalam tempoh enam bulan ke atas 30 orang penagih opiat yang sedang menerima rawatan Terapi
Gantian Metadon (TGM) di sekitar Kuala Terengganu dengan menggunakan borang kaji selidik. Analisis
deskriptif digunakan untuk menganalisis data dalam kajian kuantitatif. Kajian ini menggunakan perisian
SPSS versi 22.0%.Hasil kajian memfokuskan hubungan kekeluargaan, perlakuan, tingkah laku serta emosi di
antara respondan dan pasangan. Keputusan menunjukkan bahawa hampir 80.0% responden tidak
mempunyai sejarah penderaan sebelum ini dan tidak melakukan keganasan rumah tangga terhadap pasangan
mereka. Sebanyak 39.4% responden sangat bersetuju bahawa keganasan rumah tangga adalah jenayah,
berbanding 7.1% responden yang tidak bersetuju. Seterusnya, data menunjukkan bahawa 36.0% responden
bersetuju bahawa layanan mereka terhadap pasangan berubah setelah mengambil dadah. Data juga
membuktikan bahawa sebanyak 22.0% responden merasakan pasangan mereka berasa risau dan takut
apabila bersama mereka. Hasil daripada analisis data menunjukkan bahawa kebanyakan responden
merupakan individu yang mampu menjalani kehidupan normal sebelum pengambilan dadah. Walau
bagaimanapun, setelah pengambilan dadah, perubahan pada tingkah laku dan emosi responden
menyebabkan berlakunya keganasan dalam rumah tangga dan terhadap keluarga. Hal ini seterusnya
menyebabkan pasangan berasa tidak selamat apabila bersama responden. |
---|