Strategi dan pelaksanaan iklim dini terhadap kemenjadian pelajar: Satu kajian rintis
Iklim sekolah telah dikaji secara meluas dalam pelbagai konteks dan dimensi berasaskan teori yang berbeza. Namun, dimensi utama iklim dalam Islam yang melibatkan persekitaran, penghayatan serta pengamalan cara hidup masih kurang dikaji. Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau penghayatan dan pe...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/6668/1/FH02-FKI-20-36403.pdf http://eprints.unisza.edu.my/6668/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Iklim sekolah telah dikaji secara meluas dalam pelbagai konteks dan dimensi berasaskan teori
yang berbeza. Namun, dimensi utama iklim dalam Islam yang melibatkan persekitaran,
penghayatan serta pengamalan cara hidup masih kurang dikaji. Kertas kerja ini bertujuan
untuk meninjau penghayatan dan pengamalan iklim dini di sekolah-sekolah agama dalam
pembentukan kemenjadian pelajar. Oleh itu, kebolehpercayaan instrumen iklim dini telah
dilakukan melalui kajian rintis yang melibatkan pelajar di tiga jenis sekolah menegah agama
yang berbeza iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan (SABK) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) di negeri Kelantan. Manakala kesahan
kandungan pula disahkan oleh tujuh pakar bidang. Setelah pandangan dan cadangan daripada
tujuh orang panel pakar dan juga kebolehbacaan daripada responden ini telah diperbaiki,
kajian rintis dijalankan terhadap105 orang pelajar tingkatan empat di ketiga-tiga jenis
sekolah. Data kajian rintis ini telah dianalisis menggunakan Perisian Statistical Package for
the Social Sciences (IBM SPSS versi 22) bagi mendapatkan nilai pekali Alpha Cronbach.
Dapatan kajian menunjukkan kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi ketujuh-tujuh konstruk
berada pada tahap tinggi dan boleh diterima dengan nilai di antara 0.60 dan 0.96. Dapatan
ini diharap menjadi rujukan para penyelidik untuk pereplikaan kajian dalam konteks yang
berbeza bagi membentuk pelajar secara seimbang. Implikasi kajian rintis ini penting dalam
melahirkan kemenjadian pelajar secara holistik dengan pengaplikasian iklim dini di sekolah. |
---|