Peranan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap pembangunan dan kesejahteraan sosial masyarakat islam di Negeri Selangor [Role Selangor Islamic Religious Council (MAIS) and Selangor Islamic Religious Department (JAIS) on development and social welfare of Islamic society in Selangor]

Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) di Malaysia pada asasnya diurus tadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Menariknya setiap majlis dan jabatan agama Islam negeri mempunyai dasar, objektif dan strategi yang berbeza di antara satu sama lain. Melalui dasar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Qahhar, Ibrahim, Mohd Borhanuddin, Zakaria, Roslan, Ab Rahman
Format: Article
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/6588/1/FH02-FKI-19-33936.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/6588/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) di Malaysia pada asasnya diurus tadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Menariknya setiap majlis dan jabatan agama Islam negeri mempunyai dasar, objektif dan strategi yang berbeza di antara satu sama lain. Melalui dasar yang berbeza ini maka pihak institusi agama tersebut mempunyai gerak kerja yang berlainan dengan negeri-negeri lain. Artikel ini ditulis adalah bertujuan untuk meneliti dasar dan juga peranan MAIS dan JAIS dalam aspek pembangunan sosial masyarakat Islam di Negeri Selangor Darul Ehsan. Kajian mendapati MAIS telah menetapkan dasar PHEI Negeri Selangor ke arah pembangunan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam Selangor. Manakala JAIS pula bertindak sebagai pelaksana bagi dasar tersebut dengan sokongan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dan bahagian-bahagian tertentu khususnya pada aspek pembangunan dan kesejahteraan sosial masyarakat Islam di Selangor. Kajian susulan wajar dilaksanakan bagi melihat sejauhmanakah pelaksanaan dan keberkesanan pelaksanaan pembangunan sosial umat Islam di Negeri Selangor oleh MAIS dan JAIS demi mempertingkatkan kualiti PHEI di Selangor khususnya dan di Malaysia umumnya.