Fiqh awlawiyyat dan dasar agromakanan negara [Fiqh awlawiyyat and the national agrofood policy]

Kerajaan Malaysia melalui Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 yang digubal merupakan satu transformasi Kerajaan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti makanan negara. Namun begitu terdapat kelemahan dalam merealisasikannya untuk mencapai tahap sara mampu diri makanan negara sekurang-kura...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Borhanuddin, Zakaria, Abdul Qahhar, Ibrahim, Noorsafuan, Che Noh
Format: Article
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/6587/1/FH02-FKI-19-33933.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/6587/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kerajaan Malaysia melalui Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 yang digubal merupakan satu transformasi Kerajaan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti makanan negara. Namun begitu terdapat kelemahan dalam merealisasikannya untuk mencapai tahap sara mampu diri makanan negara sekurang-kurangnya 70%. Kajian ini bertujuan meneliti keperluan bekalan makanan asasi padi dan beras mengikut perspektif Islam. Metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kajian analisis kandungan, data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif dengan gabungan pendekatan kualitatif iaitu menganalisis teks termasuk menganalisis dokumen-dokumen seperti laporanlaporan rasmi, surat pekeliling, laporan tahunan, laporan jabatan, rancangan kewangan, laporan agensi, dan transkrip. Hasil kajian mendapati bahawa konsep fiqh awlawiyyah dalam meningkatkan kualiti makanan, pendapatan negara, menekankan produk pemakanan yang halal dan bersih. Implikasi kajian mencadangkan makanan asasi perlu diutamakan ke atas agensi yang terlibat khusus seperti Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani harus diberi perhatian. Dasar Agromakanan Negara DAN diharapkan agar memainkan peranannya dalam menggalakkan pertumbuhan sektor pertanian dan pembangunan petani selaras dengan pembangunan Islam secara syumul.