Konsep Asas dan Prinsip Pembuatan Menurut Islam

Negara Malaysia telah di sebati dengan amalan pembuatan yang dibawa oleh barat dan timur yang bermatlamatkan kebendaan semata-mata. Fenomena ini mengundang pelbagai masalah dalam sektor pembuatan di negara ini seperti materialisme, hakisan nilai kemanusiaan, pencemaran alam sekitar, pembaziran dan e...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saiful Bahri, Mohamed, Abdul Hakim, Abdullah, Hurun Ain, Ab. Rahman
Format: Article
Language:Malay
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/6406/1/FH02-FKI-18-14196.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/6406/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Negara Malaysia telah di sebati dengan amalan pembuatan yang dibawa oleh barat dan timur yang bermatlamatkan kebendaan semata-mata. Fenomena ini mengundang pelbagai masalah dalam sektor pembuatan di negara ini seperti materialisme, hakisan nilai kemanusiaan, pencemaran alam sekitar, pembaziran dan eksploitasi tenaga manusia. Amalan pembuatan yang tidak dikawal dengan konsep Islam menyebabkan banyak perkara yang terlibat dalam proses pembuatan tidak menepati kepatuhan syariah serta tidak bersesuaian dengan keperluan masyarakat Islam. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti prinsip-prinsip pembuatan dari pandangan Islam dan merumuskan satu definisi pembuatan Islam sebagai satu usaha untuk mengasaskan teori pembuatan Islam yang boleh dijadikan dasar kepada amalan pembuatan Islam yang menepati kepatuhan syariah, taharah, barakah dan boleh menghapuskan shubhah. Kajian kuanlitatif ini menggunakan analisis dokumen sebagai instrumen kajian. Ia melibatkan analisis data secara induktif dan komparatif terhadap sumber-sumber muktabar Islam iaitu al-Quran, hadith dan penulisan para sarjana Islam. Kajian ini mendapati asas-asas pembuatan Islam meliputi tauhid, manusia sebagai khalifah, akhlak dan produk yang berkualiti. Sementara itu, prinsip-prinsip pembuatan Islam merangkumi komponen-komponen yang melibatkan pemilik perusahaan, pemodalan, pekerja, premis, peralatan, bahan, proses kerja, pendokumentasian dan produk. Berasaskan pandangan Islam tentang asas pembuatan serta prinsip-prinsip pembuatan Islam yang diterokai, maka kajian ini merumuskan pembuatan Islam ialah satu proses yang bersepadu dan seimbang dalam mentransformasikan sumber bahan yang menepati kepatuhan syariah (syariah compliance), taharah dan barakah ke arah penghapusan shubhah demi kesejahteraan ummah di dunia dan akhirat.