Konseptualisasi strategi dan pelaksanaan iklim dini di sekolah menengah agama

Pembentukan jati diri seseorang pelajar amat berkait rapat dengan perkembangan iklim di sekolah. Perkembangan iklim yang baik di sekolah bermula dengan perancangan strategi dan pelaksanaan yang teratur dan bersistematik. Kedua-dua perkara ini merupakan asas yang penting dalam pembentukan iklim...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kamarul Shukri, Mat Teh, Raihan, Mohd Arifin, Norfazila, Ghazali
Format: Article
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/6331/1/FH02-FKI-19-28202.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/6331/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembentukan jati diri seseorang pelajar amat berkait rapat dengan perkembangan iklim di sekolah. Perkembangan iklim yang baik di sekolah bermula dengan perancangan strategi dan pelaksanaan yang teratur dan bersistematik. Kedua-dua perkara ini merupakan asas yang penting dalam pembentukan iklim dini di Sekolah Menengah Agama. Oleh itu, satu konsep iklim dini yang jelas harus diketengahkan untuk mengupas segala perancangan strategi dan juga pelaksanaan demi menghasilkan pelajar yang seimbang dari aspek akademik mahupun sahsiah. Kajian ini bertujuan untuk meninjau bagaimana strategi dan pelaksanaan iklim dini di Sekolah Menengah Agama berperanan dalam membentuk sahsiah dan jati diri pelajar dengan acuannya yang tersendiri. Justeru, satu kajian literatur berdasarkan kajian-kajian lepas telah dilakukan. Hasilnya, terbentuk satu konsep strategi dan pelaksanaan iklim dini berdasarkan gabungan dari perspektif positivisme dan perspektif Islam. Implikasi kajian ini diharap dapat digunakan bukan hanya di sekolah agama, malah dapat dipraktikkan oleh semua jenis sekolah di Malaysia seterusnya boleh dijadikan sebagai asas panduan pembudayaan iklim dini.