Pembinaan Modul Pemantapan Sahsiah Ulul Albab bagi Pelajar Islam
Pendidikan secara keseluruhannya ialah satu proses mereka bentuk kebolehan dan sikap manusia. Proses ini membolehkan seseorang individu memperoleh keyakinan dan pertumbuhan kendiri. Keupayaan mereka mengimbangi pemantapan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan ni...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/5965/1/FH02-INSPIRE-18-22048.pdf http://eprints.unisza.edu.my/5965/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pendidikan secara keseluruhannya ialah satu proses mereka bentuk kebolehan dan sikap manusia.
Proses ini membolehkan seseorang individu memperoleh keyakinan dan pertumbuhan kendiri.
Keupayaan mereka mengimbangi pemantapan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki
oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara.
Kajian berasaskan penyelidikan pendidikan ini bertujuan untuk menyediakan modul bagi program
yang teratur dan sistematik, latihan dan perundingan dalam memantapkan sahsiah pelajar di semua
peringkat utama, kedua dan ketiga. Modul ini dibina untuk membantu pelajar Muslim dan generasi
ulul albab yang cekap dan mampu berperanan sebagai perancang atau pemain global, di samping
berintegriti tinggi bagi menghadapi cabaran global. Kajian ini turut membantu melengkapkan
pelajar dengan kualiti kepimpinan yang berasaskan prinsip-prinsip Islam. Modul ini dibina untuk
membolehkan pelajar Muslim menyeimbangkan di antara pembentukan peribadi dan pencapaian
kecemerlangan akademik dan kebolehan lain. Kajian ini memilih Institut al-Qur’an Terengganu (IQT)
sebagai responden memandangkan pencapaian aspek kecemerlangan akademik mereka dan dalam
masa yang sama menghafal al-Qur’an. Mereka boleh dikategorikan sebagai generasi yang mempunyai
ciri-ciri golongan ulul albab, iaitu Qur’anik, ensiklopedik dan ijtihadik. Dengan demikian, modul
pemantapan sahsiah ulul albab perlu kepada pemahaman terhadap konsep khalifah Allah SWT, iaitu
tadabbur ayat-ayat al-Qur’an dan tafakkur tanda-tanda kejadian ciptaan Allah SWT. Gabungan
kedua-dua pendekatan tersebut dapat mencetuskan rasa takwa kepada Allah. Modul ini dapat
melahirkan pelajar berfikiran saintifik yang sentiasa mengaitkan dengan kebesaran Allah SWT
sebagai pencipta dan bukan sekadar menghafal ayat dan surah al-Qur’an sahaja, di samping
menghasilkan ummah yang melaksanakan misi mereka sebagai khalifah dengan menyumbang kepada
pembinaan negara dan rezeki yang global. Kajian ini bersifat kualitatif dan kuantitatif, yang
melibatkan kaedah analisis kandungan, kaedah kontemplatif dan kajian lapangan yang menggunakan
instrumen soal selidik. Hasil dapatan kajian menunjukkan perisian modul sepanjang aktiviti yang
dilaksanakan mendapat impak positif daripada peserta. Justeru, modul yang dibangunkan ini boleh
digunakan sebagai rujukan dan memberi sumbangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dengan mengemukakan satu program ko-kurikulum tambahan berasaskan konsep ulul albab untuk
diguna pakai oleh para pendidik dan pelajar Muslim. |
---|