Sumber Perundangan Pembangunan Tanah Pertanian Menurut Perspektif Islam:Dasar Pertanian Negara DPN

Dasar Pertanian Negara (DPN) 1 1984-1991, DPN 2 1992-1997, DPN 3 1998-2010, merupakan satu transformasi kerajaan dalam meningkatkan pembangunan ekonomi negara, membangunkan sektor pertanian dan meningkatkan kualiti makanan negara. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sumber perundangan pertania...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Borhanuddin, Zakaria, Wan Ismail, Wan Abdullah, Juairiahi, Hasan
Format: Article
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/5942/1/FH02-FKI-19-23257.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/5942/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dasar Pertanian Negara (DPN) 1 1984-1991, DPN 2 1992-1997, DPN 3 1998-2010, merupakan satu transformasi kerajaan dalam meningkatkan pembangunan ekonomi negara, membangunkan sektor pertanian dan meningkatkan kualiti makanan negara. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sumber perundangan pertanian mengikut perspektif Islam. Metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kajian analisis data-data yang dikumpulkan melalui pendekatan deskriptif dengan gabungan pendekatan kualitatif serta menganalisis teks termasuk menganalisis dokumen-dokumen seperti laporan-laporan rasmi, surat pekeliling, laporan tahunan, laporan jabatan, rancangan kewangan, laporan agensi, dan transkrip. Hasil kajian mendapati bahawa sumber perundangan pertanian Islam ialah menghapuskan dharar, mengetengahkan konsep al-falah wa al-khusran, mewujudkan konsep al-khalifah, mengelakkan segala bentuk al-israf iaitu pembaziran, menekankan konsep awlawiyyah dalam meningkatkan kualiti makanan dan pendapatan negara, menekankan produk pemakanan yang halal dan bersih. Implikasi kajian mencadangkan penerapan dasar pertanian Islam ke atas agensi yang terlibat khusus seperti Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani harus diberi perhatian berkaitan pembangunan pertanian dalam Islam dan pembangunan petani dalam melakukan usaha penambahbaikan ke atas pengurusan dan pentadbiran sejajar dengan hukum syarak.