Pemilikan Harta Tak Alih Aqar Melalui Tahjir Dan Pemgambilan Tanah Menurut Pandangan Fuqaha
Harta dan pemilikan merupakan satu topik yang banyak dibincangkan oleh para fuqaha’ dalam kitab fiqh Islam. Namun, mereka berselisih pendapat tentang konsep harta dan cara-cara pemilikan yang sah di sisi syarak. Melalui kajian ini penulis mengkaji dan menyelidiki secara mendalam berkaitan pemilikan...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/5895/1/FH02-FKI-19-23534.pdf http://eprints.unisza.edu.my/5895/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Harta dan pemilikan merupakan satu topik yang banyak dibincangkan oleh para fuqaha’ dalam kitab fiqh Islam. Namun, mereka berselisih pendapat tentang konsep harta dan cara-cara pemilikan yang sah di sisi syarak. Melalui kajian ini penulis mengkaji dan menyelidiki secara mendalam berkaitan pemilikan harta tak alih (‘aqar) melalui konsep tahjir serta pelupusan tanah mengikut pandangan fuqaha’. Objektif kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan secara terperinci tentang konsep pemilikan harta tak alih melalui tahjir serta mengkaji dengan lebih tepat dan jelas berkaitan pemilikannya dalam Islam dari sudut pandangan fuqaha’. Metodologi kajian ini merujuk kepada penyelidikan perpustakaan yang merupakan sumber utama kajian di samping melihat kepada makalah-makalah tertentu yang memfokuskan tajuk ini. Penemuan atau hasil kajian ini mendapati bahawa pemilikan harta tak alih melalui konsep tahjir adalah diiktiraf dalam Islam dan berlakunya perbahasan fuqaha’ berhubung dengannya. Selain itu, Islam turut mengiktiraf pemilikan individu dan ia tidak boleh dilucutkan kecuali untuk kepentingan awam. Kajian ini juga meneliti tentang pengambilan balik tanah oleh kerajaan, pampasan bagi pengambilan balik tanah dan kaedah pembayaran pampasan pengambilan balik tanah. |
---|