Khilaf qiraat mutawatirah: Satu analisa pada ayat haid dari aspek peranan, perkaitan dan pertalian pada hukum fiqh

Penulisan ini bertujuan merungkai hubungan rapat Qiraat dalam disiplin ilmu Islam terutamanya ilmu Fiqh. Qiraat menjadi salah satu faktor yang dominan terutamanya dalam mencorakkan perbezaan hukum Fiqh Islami dalam kalangan Fuqaha’. Namun masih terdapat kalangan yang kurang mengetahui dan memaham...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd A'tarahim, Mohd Razali, Abdillah Hisham, Ab. Wahab, Mohd Faiz Hakimi, Mat Idris, Nor Hafizi, Yusof, Normadiah, Daud, Siti Fatimah, Salleh, Daud, Ismail
Format: Article
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/5755/1/FH02-FKI-18-12855.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/5755/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penulisan ini bertujuan merungkai hubungan rapat Qiraat dalam disiplin ilmu Islam terutamanya ilmu Fiqh. Qiraat menjadi salah satu faktor yang dominan terutamanya dalam mencorakkan perbezaan hukum Fiqh Islami dalam kalangan Fuqaha’. Namun masih terdapat kalangan yang kurang mengetahui dan memahami hakikat kewujudan ilmu Qiraat sehingga menimbulkan kekeliruan dan kesamaran mengenainya bahkan wujudnya pendapat menyatakan bahawa hukum fiqh yang diinstibatkan dalam mazhab adalah berdasarkan daripada Qiraat yang dibaca oleh kalangan fuqaha itu sendiri. Justeru kajian ini akan menyentuh dan membincangkan perbezaan wajh qiraat yang terdapat pada farsh huruf dalam kalangan ulama Qiraat. Dalam masa yang sama, kajian ini juga akan menyingkap dan menganalisis perkaitan dan pengaruhnya terhadap pengeluaran hukum oleh kalangan Fuqaha’ terutama ayat-ayat al-Quran yang melibatkan fiqh ibadat. Kajian ini penting demi memahami keadaan sebenar bagaimana kalangan Fuqaha mengeluarkan hukum fiqh berdasarkan perbezaan Qiraat. Objektif kajian ialah mengkaji sejauhmana perkaitan dan peranan Qiraat pada hukum fiqh, menganalisis dan menilai sejauh mana pertalian bacaan Qiraat yang dibaca Fuqaha’ dengan hukum yang diinstibatkan oleh Fuqaha.’ Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan berdasarkan kajian ke perpustakaan sepenuhnya. Ternyata dapatan hasil kajian ini merumuskan bahawa perbezaan Qiraat pula memberi impak yang besar dalam mencorakkan hukum fiqh dalam ayat al-Quran. Bacaan ‘Qiraat PilihanFuqaha‘ pula tidaklah menjadi faktor utama mempengaruhi hukum fiqh mazhab yang diasaskan oleh mereka bahkan fuqaha hanya menjadikan wajh Qiraat itu sebagai platform utama dalam menentukan hukum fiqh dalam mazhab yang diasaskan mereka. Namun tidak dinafikan juga, bacaan ‘Qiraat Pilihan Fuqaha‘ itu kekadang menjadi sebab penentuan hukum bagi mazhab mereka dan kekadangnya sebaliknya. Kajian ini diharap menjadi perintis kepada pengkaji yang lain untuk lebih prolifik mengenai ilmu Qiraat dalam membahaskannya dari pelbagai sudut disiplin ilmu Islam secara lebih kritis supaya ia dapat ditelaah, dikaji, difahami, diperkasai dan diimplimentasikan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan kepentingannya terhadap cabangan ilmu-ilmu Islam yang lain agar terus berkembang dan bertapak pada kaca mata Ilmuan Islam secara khusus dan masyarakat sejagat secara umumnya.