Isu-isu genetik manusia dari perspektif sains & Islam

Kejuruteraan genetik dan teknologi rekombinan merupakan penemuan penting yang telah memacu perkembangan pesat dalam bidang bioteknologi moden terutamanya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Walaupun begitu, perkembangan tersebut menimbulkan isu dan persoalan agama serta etika khusus...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Engku Ahmad Zaki, Engku Alwi, Wan Rohani, Wan Taib, Norazmi, Anas, Mohd. Hudzari, Haji Razali
Format: Article
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/5672/1/FH02-FKI-18-12593.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/5672/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kejuruteraan genetik dan teknologi rekombinan merupakan penemuan penting yang telah memacu perkembangan pesat dalam bidang bioteknologi moden terutamanya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Walaupun begitu, perkembangan tersebut menimbulkan isu dan persoalan agama serta etika khususnya melibatkan teknik pembiakan buatan, pemindahan organ, pengklonan dan kejuruteraan genetik itu sendiri. Isu etika sering ditekankan dalam pelbagai cabang ilmu dan memainkan peranan sangat penting dalam sistem hidup manusia serta berkait rapat dengan agama. Oleh yang demikian, penulisan kertas kerja ini bertujuan mendedahkan berkaitan Projek Genom Manusia (PGM) dan isu-isu genetik manusia yang timbul dari perspektif sains dan Islam seperti Teori Evolusi Darwin, PGM, pengklonan manusia dan eugenik. Akhirnya, isu-isu yang timbul dari aplikasi teknologi genetik manusia perlu ditangani dengan sebaik mungkin melalui etika sains serta diintegrasikan dengan ajaran Islam supaya segala pencapaian bidang ini tidak merosakkan alam dan populasi manusia seterusnya menjadikan kehidupan manusia lebih baik dan kondusif dari semasa ke semasa.