Teori Hukum Mad Far’i Dari Perspektif Ilmu Qiraat

Teori hukum mad far‟i adalah satu kaedah yang dicipta oleh para qurra‟ dalam memastikan kadar pemanjangan sesuatu mad itu tidak terkeluar daripada apa yang telah diputuskan oleh para qurra sebagai bacaan yang mutawatirah. Namun begitu berlaku kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam khususnya di M...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Hafizi, Yusof, Mohd Felza Zulkhibri, Abdul Hamid
Format: Article
Language:Malay
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/5621/1/FH02-FKI-19-26860.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/5621/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Teori hukum mad far‟i adalah satu kaedah yang dicipta oleh para qurra‟ dalam memastikan kadar pemanjangan sesuatu mad itu tidak terkeluar daripada apa yang telah diputuskan oleh para qurra sebagai bacaan yang mutawatirah. Namun begitu berlaku kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam khususnya di Malaysia tentang kefahaman yang sebenar berkaitan dengan teori hukum mad far‟i. Hal ini demikian kefahaman terhadap teori tersebut hanya bergantung kepada kefahaman riwayat Hafs bin Sulayman al-Kufi sahaja sedangkan kefahaman yang sebenarnya perlu meliputi keseluruhan ikhtiyar imam yang mutawatirah. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk menyingkap kefahaman yang tepat mengenai teori hukum mad far‟i berdasarkan ikhtiyar kesemua imam yang mutawatirah. Ia juga bertujuan memperlihatkan secara umum bahawasanya kefahaman tentang ilmu tajwid itu perlu selari dengan kefahaman ilmu qiraat. Kajian berbentuk diskriptif ini membahaskan pandangan para qurra berkaitan hukum mad far‟i serta kesimpulannya yang menatijahkan teori hukum tersebut. Semua data dianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif. Hasil kajian menunjukkan bahawa kefahaman sebenar tentang teori mad far‟i memerlukan kefahaman yang menyeluruh terhadap ikhtiyar para imam yang mutawatirah terhadap pemanjangan mad far‟i itu sendiri. Jikalau teori ini hanya disandarkan kepada pemanjangan mad far‟i berdasarkan riwayat Hafs bin Sulayman al-Kufi sahaja, ia akan membantutkan kefahaman yang sebenar tentang ruang lingkup riwayat Hafs bin Sulayman al-Kufi khasnya dan kesemua bacaan al-Qur‟an yang mutawatirah amnya.