Integrity according to Islamic perspective: Analysis of integrity level among teachers of Islamic education

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap integriti Guru Pendidikan Islam (GPI) di sekolah rendah seluruh negeri Sabah berdasarkan tiga dimensi yang dikenalpasti sebagai tonggak utama integriti GPI. Sampel kajian terdiri daripada 390 orang guru daripada 24 buah Pejabat Pendidikan Daerah. Kebolehp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Halimatus Saadiah, Mat Saad, Zainudin, Awang
Format: Article
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/5546/1/FH02-FESP-17-11977.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/5546/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap integriti Guru Pendidikan Islam (GPI) di sekolah rendah seluruh negeri Sabah berdasarkan tiga dimensi yang dikenalpasti sebagai tonggak utama integriti GPI. Sampel kajian terdiri daripada 390 orang guru daripada 24 buah Pejabat Pendidikan Daerah. Kebolehpercayaan instrumen ini terbukti dengan pekali Alpha Cronbach adalah tinggi (a=.93). Sementara dengan mengambil kira 0.50 sebagai nilai pemuatan (loading’s factor) yang dipertimbang sebagai bermakna secara potensi, keputusan menunjukkan 48 item mencapai kriteria faktor pemuatan melebihi 0.50. Analisis faktor yang dibuat secara umumnya juga mempunyai faktor tunggal. Oleh itu, instrumen nilai integriti bersifat unidimensional yang menunjukkan item-item mengukur gagasan yang sama iaitu gagasan nilai integriti. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya, majoriti GPI mempunyai tahap integriti tinggi iaitu seramai 213 orang (55.3.9%). Manakala sebahagian lagi iaitu sebanyak 166 orang (43.1%) mempunyai tahap integriti yang sangat tinggi sementara hanya 6 orang responden (1.6%) mempunyai integriti pada tahap sederhana. Didahului dengan dimensi bersih (min= 4.32) diikuti dengan dimensi bijaksana (min=4.12) dan dimensi amanah (min=4.09) yang mendapat skor paling sedikit. Implikasi dan beberapa cadangan penambahbaikan terhadap integriti GPI untuk kajian tindakan lanjutan turut dikemukakan.