Pembangunan indeks pematuhan akidah islam: Integrasi Projek Genom Melayu dengan akidah islam

Projek Genom Melayu (PGM) merupakan kajian-kajian berkaitan keseluruhan jujukan DNA bangsa Melayu dalam nukleus sel manusia yang mengandungi 23 pasang kromosom melibatkan proses pemindahan sel, pemutasian, penjujukan dan pemetaan serta berfungsi sebagai tanda pengenalan (blueprint) bangsa Melayu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norazmi, Anas, Engku Ahmad Zaki, Engku Alwi, Zuriani, Yaacob, Wan Rohani, Wan Taib, Mohd. Hudzari, Haji Razali
Format: Article
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/5461/1/FH02-FKI-17-11607.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/5461/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek Genom Melayu (PGM) merupakan kajian-kajian berkaitan keseluruhan jujukan DNA bangsa Melayu dalam nukleus sel manusia yang mengandungi 23 pasang kromosom melibatkan proses pemindahan sel, pemutasian, penjujukan dan pemetaan serta berfungsi sebagai tanda pengenalan (blueprint) bangsa Melayu itu sendiri, manakala akidah Islam pula menfokuskan isu-isu akidah yang wujud dan timbul dari kajian-kajian PGM dan Projek Genom Manusia (HGP). Penulisan kertas kerja ini bertujuan untuk menghuraikan implikasi dan cadangan dasar pengintegrasian PGM dengan akidah Islam seterusnya cadangan pembangunan Indeks Pematuhan Akidah Islam (IPAI) sebagai tapisan kedua kajian-kajian saintifik moden. Secara umumnya, kajian ini telah berjaya mendedahkan kepentingan PGM terhadap masyarakat umum, diikuti menghubungkaitkan PGM dengan akidah Islam seterusnya mengenalpasti keperluan pembangunan IPAI terhadap PGM. Akhirnya, ianya dilihat selari dengan polisi utama kerajaan Malaysia melalui Indeks Syariah Malaysia (ISM) seterusnya IPAI dilihat sebagai perintis untuk diaplikasi dalam kajian-kajian lain pada masa hadapan serta memberi nilai tambah kepada ilmu pengetahuan semasa.