Pengaruh kepimpinan distributif terhadap persekitaran sekolah

Amalan kepimpinan distributif dalam kalangan pemimpin-pemimpin sekolah adalah elemen penting dalam menjayakanpelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ke arah meningkatkan amalan kepimpinan berkesan.Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti perkaitan antara kepimpinan distributif...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zuraidah Juliana, Mohamad Yusoff, Siti Noor, Ismail, Yahya, Don
Format: Article
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/5273/1/FH02-FKI-20-48734.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/5273/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Amalan kepimpinan distributif dalam kalangan pemimpin-pemimpin sekolah adalah elemen penting dalam menjayakanpelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ke arah meningkatkan amalan kepimpinan berkesan.Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti perkaitan antara kepimpinan distributif dengan persekitaran sekolah di sekolah-sekolah menengah kebangsaan. Kajian ini menggunapakai pendekatan kuantitatif dalam kajian keratan rentas untuk mengumpul data berkenaan kepimpinan distributif dan tahap kualiti persekitaran sekolah. Populasi kajian melibatkan pemimpin-pemimpin di sekolah menengah kebangsaan zon utara, Semenanjung Malaysia dan persampelan rawak berstrata digunakan untuk memilih responden kajian. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik Leadership Practices Inventory (LPI) yang dibina oleh Kouzes dan Posner pada tahun 2003 dan soal selidik Teacher School Environment Questionnaire (TSEQ) yang diadaptasi oleh Lemerle, pada tahun 2005. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif di antara kepimpinan distributif danpersekitaran sekolah yang manakepimpinan distributif juga didapati memberi pengaruh kepada persekitaran sekolah. Justeru elemen-elemen di dalam amalan kepimpinan distributif perlu diterapkan kepada pemimpinpemimpin sekolah dalam mempastikan keberkesanan kepimpinan di sekolah dapat dicapai sepertimana yang telah dirangka dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.