Isu-isu syariah dalam pelaksanaan e-dagang

Beberapa isu Syariah muncul ekoran daripada pelaksanaan e-dagang yang mendorong para ahli fiqh kontemporari berusaha melakukan ijtihad bagi merungkai isu-isu tersebut. Antara isu-isu Syariah yang dikenalpasti adalah apakah bentuk kontrak yang berlaku ?, bagaimana status barang jualan ? dan sejau...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Jazlan, Mat Jusoh, Joni Tamkin, Borhan, Mohd Borhanuddin, Zakaria
Format: Article
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/5272/1/FH02-FKI-19-26288.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/5272/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Beberapa isu Syariah muncul ekoran daripada pelaksanaan e-dagang yang mendorong para ahli fiqh kontemporari berusaha melakukan ijtihad bagi merungkai isu-isu tersebut. Antara isu-isu Syariah yang dikenalpasti adalah apakah bentuk kontrak yang berlaku ?, bagaimana status barang jualan ? dan sejauh mana kelayakan pihak yang melakukan kontrak ?. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti bentuk kontrak yang berlaku, kewujudan barang jualan dan kelayakan pihak yang berkontrak dalam transaksi e-dagang. Metodologi kajian ini melibatkan pengumpulan maklumat daripada buku-buku, majalah-majalah, surat khabar dan lamanlaman web dan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian pengkaji yang melakukan transaksi e-dagang dengan syarikat Mphonline iaitu sebuah syarikat yang menjalankan penjualan buku secara atas talian di Malaysia. Kajian ini mendapati e-dagang secara konsepnya adalah selaras dengan muamalah Islam dari segi bentuk kontrak yang berlaku, status barang jualan dan kelayakan pihak yang melakukan kontrak sebagaimana yang dibincangkan oleh ahli-ahli fiqh terdahulu.