Peranan Pemboleh Ubah Demografi Dalam Meramalkan Kecenderungan Ahli Program Tunas Niaga Menceburi Kerjaya Keusahawanan

Program Tunas Niaga merupakan satu pendekatan pembudayaan keusahawanan di peringkat sekolah menengah yang berpotensi memenuhi agenda Kerajaan untuk mendidik komuniti terutama generasi muda supaya mampu hidup berdikari pada masa depan. Seramai 379 orang pelajar menjadi ahli Program Tunas Niaga di 41...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ibrahim, Mamat, Wan Mohd Zaifurin, Wan Nawang, Nor Hayati, Sa’at, Sabri, Ahmad
Format: Article
Language:Malay
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/5142/1/FH02-FSSG-17-08449.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/5142/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program Tunas Niaga merupakan satu pendekatan pembudayaan keusahawanan di peringkat sekolah menengah yang berpotensi memenuhi agenda Kerajaan untuk mendidik komuniti terutama generasi muda supaya mampu hidup berdikari pada masa depan. Seramai 379 orang pelajar menjadi ahli Program Tunas Niaga di 41 buah sekolah menengah terpilih secara rawak mudah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mendapatkan data daripada pelajar mengenai kecenderungan menceburi kerjaya keusahawanan mengikut demografi mereka. Antara ciri demografi yang dikaji ialah gender, tahap pencapaian peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, aliran kelas ,mata pelajaran elektif, pekerjaan bapa, kerjaya ibu dan penglibatan adik-beradik atau ahli keluarga menceburi bidang keusahawanan. Keputusan kajian menunjukkan pelajar mempunyai kecenderungan menceburi kerjaya keusahawanan berbeza mengikut aliran kelas dan penglibatan adik-beradik atau ahli keluarga dalam bidang keusahawanan. Pelajar mengikuti aliran Sains dan lain-lain (seperti aliran Agama dan Seni) mempunyai perbezaan kecenderungan menceburi kerjaya keusahawanan. Manakala pelajar mempunyai adik-beradik atau ahli keluarga yang bekerja sebagai usahawan lebih cenderung ke arah kerjaya keusahawanan pada masa depan