Prinsip-Prinsip Syariah dan Aplikasinya Dalam Transaksi Perniagaan Buku Secara Elektronik (e-Dagang) di Malaysia

Perniagaan buku atas talian merupakan satu bidang perniagaan yang menjadi pilihan kepada penjual dan pembeli kerana sifatnya memberikan banyak kebaikan kepada kedua-dua belah pihak daripada segi penjimatan kos dan kemudahan melakukan transaksi di sebarang tempat dan setiap masa. Oleh kerana tran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Jazlan, Mat Jusoh, Joni Tamkin, Borhan, Shahrul Ridhwan, S. Ali
Format: Article
Language:Malay
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/5021/1/FH02-FKI-19-26286.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/5021/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perniagaan buku atas talian merupakan satu bidang perniagaan yang menjadi pilihan kepada penjual dan pembeli kerana sifatnya memberikan banyak kebaikan kepada kedua-dua belah pihak daripada segi penjimatan kos dan kemudahan melakukan transaksi di sebarang tempat dan setiap masa. Oleh kerana transaksi perniagaan ini melibatkan isu daripada segi hukum hakam fiqh, ia menarik minat pengkaji untuk melihat sejauhmana pelaksanaannya mematuhi prinsip syariah. Untuk tujuan ini, kajian akan melihat aplikasi prinsip-prinsip syariah seperti jual beli, jual salam dan khiyar yang merupakan asas utama dalam menentukan sesuatu transaksi yang berlaku dalam dunia perniagaan dikira mematuhi syariah atau sebaliknya. Metodologi kajian ini adalah kajian perpustakaan dan kajian lapangan di mana kajian lapangan adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian pengkaji yang melakukan transaksi e-Dagang dengan dua buah syarikat buku atas talian di Malaysia iaitu MPHonline dan Kinokuniya Book Stores (Malaysia). Kajian ini mendapati prinsip-prinsip syariah seperti jual beli, salam dan khiyar (khiyar ayb) telah dipakai dalam amalan e-Dagang yang berlaku hari ini dan ia membuktikan bahawa kewujudan prinsip-prinsip ini dalam kitab-kitab fiqh klasik karya ahli-ahli fiqh silam bukanlah sekadar teori semata-mata malah boleh dilaksanakan dalam amalan perniagaan semasa. Ia juga membuktikan keanjalan syariah dalam menangani isu-isu kontemporari yang timbul akibat kepesatan teknologi dan perubahan zaman.