Kesukaran Mengajar dan Belajar Al-Quran dalam Kalangan Pelajar Pekak: Isu dan Cabaran Guru Pendidikan Islam

Al-Quran adalah sebuah kitab yang menjadi panduan dan pegangan hidup sesorang muslim bagi menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Setiap muslim yang beriman kepada Allah wajib mempelajari dan menghayati al-Quran di dalam kehidupannya. Begitu juga dengan golongan istemewa seperti pekak, bi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mustafa, Che Omar, Abdul Hakim, Abdullah, Nik Hassan, Seman, Abdullah, Yusoff
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/487/1/FH03-FKI-16-06397.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/487/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Al-Quran adalah sebuah kitab yang menjadi panduan dan pegangan hidup sesorang muslim bagi menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Setiap muslim yang beriman kepada Allah wajib mempelajari dan menghayati al-Quran di dalam kehidupannya. Begitu juga dengan golongan istemewa seperti pekak, bisu dan buta, tuntutan mempelajari al-Quran ke atas mereka tidak terlepas, namun bentuk perlaksanaannya mungkin berbeza mengikut kemampuan seseorang. Kertas kerja inicuba mengupasmasalah yang timbul semasa perlaksanaanpengajaran dan pembelajaran al-Quran kepada pelajar pekak di peringkat Sekolah Menengah Khas dan Program Pendidikan Khas IntegrasiSekolah Menengah di Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif ini,yang melibatkan temu bual bersama 4 orang guru Pendidikan IslamKhas (GPIK) dan 2 orang bekas pelajar pekak (BPP) dan seorang pakar pekak (PP). Hasilnya, terdapat beberapa isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan pengajaran dan membantu pelajar pekak menguasai bacaan al-Quran yang terdapat dalam komponen mata pelajaran Pendidikan Islam.Permasalahan yang sering berlaku kepada pelajar pekak,iaitu tidak dapat menyebut huruf-huruf al-Quran, masalah bunyi huruf, masalah ingatan jangka pendek, masalah BBM dan masalah kemahiran guru dalam kaedah Fakih.Justeru itu, beberapa cadangan telah syorkan untuk mengatasi masalah tersebut, antaranya penghasilan bahan yang sesuai dengan kemampuan pelajar, pendedahan kaedah Fakih kepada semua guru Pendidikan Islam peringkat menengah, latihan pertuturan,pertuturan Kiu bagi murid yang mempunyai sisa pendengaran, alat bantu dengar (ABD).Akhir sekali guruperlu berusaha untuk meningkatkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran kepada pelajar pekak.