Metodologi Qira'at Ibn Kathir dalam Juz 'Amma

Artikel ini merupakan satu kajian yang berhubungkait dengan bidang fonetik bahasa Arab. Ia menjelaskan hubungan dialek-dialek Arab dengan qira:’at al-Quran al-Karim, khususnya qira:’at Ibn Kathi:r sebagai salah satu qira:’at al-Quran yang mutawa:tir. Tumpuan diberikan kepada metodologi qira:’a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Ala-Uddin, Othman, Zawawi, Ismail, Wan Ismail, Wan Abdullah
Format: Article
Language:Malay
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/4475/1/FH02-FBK-14-00781.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/4475/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini merupakan satu kajian yang berhubungkait dengan bidang fonetik bahasa Arab. Ia menjelaskan hubungan dialek-dialek Arab dengan qira:’at al-Quran al-Karim, khususnya qira:’at Ibn Kathi:r sebagai salah satu qira:’at al-Quran yang mutawa:tir. Tumpuan diberikan kepada metodologi qira:’at Ibn Kathi:r dalam juz ‘Amma. Perbincangan yang dikemukakan menjelaskan dapatan kajian qira:’at Ibn Kathi:r dari juz ‘Amma dan metodologi yang digunakan dalam juz ini dikemukakan dalam bentuk jadual. Dapatan kajian merumuskan tujuh metodologi Ibn Kathi:r dalam juz ini iaitu cara pembacaan mi:m al-jam‘,ha:’ al dami:r, hukum mad munfasil, dua hamzat dalam satu perkataan, dua hamzat dalam dua perkataan, ya:’ al ida:fat dan ya’ al za:idat. Tujuh aspek ini dikenali sebagai usu:l. dalam ilmu qira:’at. Selain itu dapatan kajian juga menerangkan tentang bacaan yang tidak melibatkan usu:l dalam qira:’at Ibn Kathi:r yang dikenali sebagai farsy atau furu’ dalam ilmu qira:’at. Artikel ini cuba mengenengahkan dan mendedahkan qira:’at Ibn Kathi:r kepada masyarakat Islam di Malaysia dengan tujuan pengembangan ilmu.