Hakikat Cinta Sebenar Menurut Pemikiran Kesufian Al-Nursi

Perasaan cinta merupakan suatu fitrah dalam diri manusia. Namun demikian, apakah hakikat cinta sebenar yang difahami oleh kebanyakkan manusia dan bagaimanakah seseorang mukmin itu sewajarnya mengawal perasaan cinta agar selari dengan tuntutan syarak. Hal ini kerana, kebanyakkan manusia memahami k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Shahril, Othman, Norhashimah, Yahya
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/437/1/FH03-INSPIRE-18-13005.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/437/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perasaan cinta merupakan suatu fitrah dalam diri manusia. Namun demikian, apakah hakikat cinta sebenar yang difahami oleh kebanyakkan manusia dan bagaimanakah seseorang mukmin itu sewajarnya mengawal perasaan cinta agar selari dengan tuntutan syarak. Hal ini kerana, kebanyakkan manusia memahami konsep cinta itu adalah cinta sesama manusia. Sedangkan dalam Islam, cinta yang paling agung adalah hanya layak disandarkan untuk Allah SWT. Kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan konsep hakikat cinta menurut pemikiran kesufian tokoh mahsyur, iaitu Imam al-Nursi menerusi pelbagai karya beliau. Kajian ini merupakan kajian kualitatif iaitu menggunakan kaedah analisis kandungan (content analysis) .Kajian ini mendapati hakikat cinta yang sebenar itu adalah untuk Allah SWT, kemudian barulah berhak dipindahkan kepada makhluk. Adapun demikan, kasih sayang dan ketaatan tersebut juga adalah kerana Allah dan Rasul. Manakala cinta yang disertakan dengan kesamaran perasaan hati adalah kasih sayang yang menjadi pengikut kepada hawa nafsu, dan bersifat lemah. Malahan ada yang terputus di perjalanan kerana terlalu mengikut hawa nafsu dan kebendaan. Imam al-Nursi juga membahagikan hakikat cinta ini kepada empat perbahasan yang utama. Iaitu pertama, pertembungan cinta dengan unsur-unsur nafsu kemanusiaan. Kedua, merasai kelazatan perasaan cinta. Ketiga, akal dan hati boleh tewas ketika berhadapan dengan hawa nafsu. Keempat, manusia boleh meningkatkan rasa cinta ketuhanan sehingga mencapai kepada aras cinta yang paling tinggi (a’la ‘illiun). Kajian ini merumuskan bahawa hakikat cinta yang sebenar itu hanya layak disemai kepada Allah SWT, al-Khaliq iaitu pencipta yang Maha Agung. Malahan perlu sentiasa disuburi dan dipertingkatkan agar seseorang hamba itu sentiasa dapat mencapai perasaan taqarrub dengan Allah SWT.