Pembangunan Laman Pembelajaran Bahasa Arab Peringkat Rendah: EZ-Arabic 2.0

Penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bukan lagi suatu isu baharu dalam bidang pendidikan. Realiti hari ini, pengajaran berasaskan teknologi seperti komputer dan media teknologi maklumat sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan bahasa Arab tu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Firdaus, Yahaya, Mohd Fauzi, Abdul Hamid, Mohd Shahrizal, Nasir, Shaferul Hafes, Sha'ari, Azwa, Abdul Aziz, Wan Mohd Rizhan, Wan Idris, Muhammad Sabri, Sahrir
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/419/1/FH03-FBK-18-13141.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/419/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bukan lagi suatu isu baharu dalam bidang pendidikan. Realiti hari ini, pengajaran berasaskan teknologi seperti komputer dan media teknologi maklumat sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan bahasa Arab turut tidak ketinggalan dalam hal ini menerusi beberapa usaha dan kajian yang dilakukan, selaras dengan kewujudan dan kemudahan teknologi semasa. Sejajar dengan situasi ini, laman EZ-Arabic 2.0 dibangunkan sebagai medium alternatif bagi pelajar untuk menguasai bahasa Arab. Laman ini dibangunkan dengan tujuan memanfaatkan lambakan bahan-bahan maya (virtual tools) berkaitan pembelajaran bahasa Arab yang terdapat dalam internet dan dikumpulkan dalam laman EZ-Arabic 2.0. Kertas ini akan membincangkan pembangunan laman EZ-Arabic 2.0 yang memberi fokus kepada pembelajaran bahasa Arab peringkat sekolah rendah. Kertas ini juga membincangkan beberapa penambahbaikan laman EZ-Arabic 2.0. Kaedah yang digunakan dalam usaha pembangunan laman EZ-Arabic 2.0 ini adalah berdasarkan komentar serta cadangan daripada pengguna yang telah melayari laman prototaip EZ-Arabic versi pertama. Hasil daripada komentar dan cadangan tersebut, satu proses penambahbaikan laman ini dibuat dengan menggunakan perisian iSpring dan Raptivity, serta beberapa lagi perisian dalam talian (online) yang dimanfaatkan untuk pembangunan laman EZArabic 2.0.