Penguasaan Kosa Kata Arab Menerusi Aktiviti “Jawlah Lughawiyyah”

Pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua masih belum mencapai hasil yang memberangsangkan, kegagalan menguasai kosa kata yang mencukupi dalam penyampaian makna yang tepat antara penyumbang utama kerencatan penguasaan kemahiran berbahasa di samping faktor motivasi dan tanggapan negatif terhad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Abdul Hayyi, Wan Omar, Mohd Firdaus, Yahaya, Mohd Shahrizal, Nasir, Zulazhan, Ab. Halim
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/407/1/FH03-FBK-14-02242.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/407/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua masih belum mencapai hasil yang memberangsangkan, kegagalan menguasai kosa kata yang mencukupi dalam penyampaian makna yang tepat antara penyumbang utama kerencatan penguasaan kemahiran berbahasa di samping faktor motivasi dan tanggapan negatif terhadap pembelajaran bahasa. Kosa kata memainkan peranan penting dalam penyampaian idea dalam semua kemahiran berbahasa. Pelbagai pihak aktif menawarkan pembelajaran bahasa Arab sama ada di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan persatuan dalam bidang berkaitan bahasa Arab. Sebagai contoh, program j-QAF diperkenalkan bagi meningkatkan mutu pendidikan negara dengan melahirkan insan yang berkemahiran multi-bahasa. Oleh itu, satu aktiviti alternatif dengan tujuh peringkat pembelajaran bahasa dikenali Jawlah Lughawiyyah yang berkonsepkan aktiviti bahasa di luar bilik darjah yang memaksimumkan pengunaan panca indera yang afektif dan berstruktur diperkenalkan dan ia mampu memberi kesan positif dalam peningkatan pemerolehan bahasa. Aktiviti ini telah dijalankan ke atas para pelajar bukan penutur jati di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin dan Sekolah Menengah Agama Khairiah, Terengganu. Objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti tahap penguasaan kosa kata Arab para pelajar sebelum dan selepas mengikuti aktiviti Jawlah Lughawiyyah yang dianalisis daripada hasil penulisan mereka. Seramai 30 pelajar tingkatan empat daripada setiap sekolah telah dipilih secara rawak dan telah menjalani aktiviti ini. Proses pengumpulan data melalui ujian pra dan pasca telah dijalankan terhadap sampel dan dianalisis menggunakan kaedah kualitatif; rubrik pemarkahan Wikispaces dan kuantitatif; t-test menggunakan perisian GraphPad Prism. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat signifikan ketara dalam peningkatan kosa kata iaitu dari 33.3% meningkat kepada 100%. Justeru, kajian ini mencadangkan agar aktiviti Jawlah Lughawiyyah dipraktikkan dalam proses P&P bahasa Arab khususnya melibatkan pelajar daripada kalangan bukan penutur jati.