Penggunaan DNA Bagi Penentuan Nasab al-Walad Li al- Firasy dalam Peruntukan Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia

Doktrin al-walad lil firash merupakan antara mekanisme pensabitan nasab di dalam Islam. Ia membawa maksud seseorang anak yang dilahirkan daripada ikatan perkahwinan adalah dianggap sebagai sahtaraf. Peruntukan undang-undang keluarga di Malaysia juga mengambil kaedah ini dalam mensabitkan kesah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tengku Muda, Tengku Fatimah Muliana, Omar, Najmiah, Ismail, Siti Khatijah
Format: Article
Language:Malay
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/3145/1/FH02-FKI-18-14446.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/3145/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Doktrin al-walad lil firash merupakan antara mekanisme pensabitan nasab di dalam Islam. Ia membawa maksud seseorang anak yang dilahirkan daripada ikatan perkahwinan adalah dianggap sebagai sahtaraf. Peruntukan undang-undang keluarga di Malaysia juga mengambil kaedah ini dalam mensabitkan kesahtarafan anak sebagaimana berdasarkan peruntukan seksyen 109 Akta 303. Walaubagaimanapun, artikel ini akan membincangkan keperluan penggunaan aplikasi teknologi moden melalui penyelidikan Deoxyribonucleic acid (DNA) oleh mahkamah Syariah sebagai satu mekanisme altenatif yang konkrit dan tepat bagi menentukan hubungan biologi antara seseorang individu dengan induknya. Bagi memenuhi objektif ini, kaedah analisis dokumen melalui sorotan kitab-kitab fiqh yang berautoriti telah digunakan. Rujukan juga dibuat kepada peruntukan Undang-undang Keluarga Islam. Hasil kajian menunjukkan, bagi menjaga ketinggian kedudukan nasab di dalam Islam, peruntukan perundangan keluarga Islam sewajarnya menyatakan dengan jelas akan keperluan pengesahan melalui DNA dalam mensabitkan kesahtarafan si anak.