Pengaruh faktor keruangan dan masa dalam menentukan kadar pintasan hujan di kanopi hutan dipterokarpa, Tasik Chini Pahang
Kehilangan air hujan oleh proses pintasan dipengaruhi oleh dua mekanisme utama iaitu ciri iklim dan ciri fisiografi tumbuhan. Ciri iklim yang mempengaruhi kehilangan pintasan adalah jumlah curahan hujan (mm), kelajuan angin (m/s) dan suhu sekitar (°C). Ciri fisiografi tumbuhan yang mempengaruhi ke...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/2693/1/FH02-FBIM-16-06773.pdf http://eprints.unisza.edu.my/2693/2/FH02-FBIM-16-06774.jpg http://eprints.unisza.edu.my/2693/3/FH02-FBIM-16-06775.pdf http://eprints.unisza.edu.my/2693/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kehilangan air hujan oleh proses pintasan dipengaruhi oleh dua mekanisme utama iaitu ciri iklim dan ciri fisiografi tumbuhan.
Ciri iklim yang mempengaruhi kehilangan pintasan adalah jumlah curahan hujan (mm), kelajuan angin (m/s) dan suhu sekitar
(°C). Ciri fisiografi tumbuhan yang mempengaruhi kehilangan pintasan pula terdiri daripada ketinggian, kulit, diameter, kanopi,
ranting dan dahan pokok. Dengan melihat peranan iklim dan ciri fisiografi tumbuhan dalam proses pintasan, kajian ini dijalankan
untuk mengukur kadar jatuhan langsung (mm), aliran batang (mm) dan pintasan hujan (mm) serta faktor yang
mempengaruhinya. Penilaian jatuhan langsung dan pintasan hujan dilakukan di atas plot kajian bersaiz 100 x 100 meter di Hutan
Dipterokap Tasik Chini, Pahang. Kajian ini dilakukan bermula dari bulan Oktober 2009 hingga Januari 2010. Tiga puluh pokok
telah dikenalpasti dan dipilih sebagai sampel kajian aliran batang berdasarkan spesies, famili, diameter aras dada (DBH) serta
kepadatan dan saiz kanopi. Empat set jatuhan langsung digunakan untuk melakukan pengukuran jatuhan langsung. Hasil kajian
mendapati nilai jatuhan langsung (TF) dan aliran batang (SF) yang direkodkan pada empat kali kejadian hujan pada bulan
Oktober 2009 ialah 0.66 % (TF) dan 99.34 % (SF), November 2009 - 0.54% (TF) dan 99.46% (SF), Disember 2009 – 0.72%
(TF) dan 99.28 % (SF) dan bulan Januari 2010 - 0.49% (TF) dan 99.51% (SF). Analisis statisitik juga menunjukkan wujudnya
hubungan antara jumlah curahan hujan kasar dengan pintasan pada aras signifikan 0.571 (r2
) bagi bulan Disember 2009. Kajian
ini membekalkan maklumat penting berkaitan dengan kitaran hidrologi dan bagaimana kanopi pokok bertindak sebagai medium
pengimbang air dalam kawasan hutan. |
---|