Keberkesanan program skim latihan graduan bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah
Pengangguran dalam kalangan siswazah merupakan salah satu isu yang sering dibincangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Penubuhan lebih banyak Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) oleh kerajaan dan penyertaan pihak swasta dalam sektor pendidikan memberi impak ke atas pembangunan dan peru...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/2474/1/FH02-FKI-14-00623.pdf http://eprints.unisza.edu.my/2474/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pengangguran dalam kalangan siswazah merupakan salah satu isu yang sering
dibincangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Penubuhan lebih banyak
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) oleh kerajaan dan penyertaan pihak
swasta dalam sektor pendidikan memberi impak ke atas pembangunan dan
perubahan negara. Perkembangan yang berlaku menyebabkan jumlah tenaga
kerja negara meningkat dalam pasaran pekerjaan sehingga menyebabkan
berlakunya pengangguran dalam kalangan graduan. Oleh itu, kajian telah
dilakukan untuk melihat sejauh mana keberkesanan Program Skim Latihan
Graduan (SLG) kepada para graduan bagi memperbaiki kemahiran dan peluang
mereka dalam mendapatkan pekerjaan serta membantu melengkapkan para
graduan yang masih menganggur dengan kemahiran khusus mengikut perspektif
majikan terhadap pelatih SLG. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah
kuantitatif. Sebanyak 100 set borang soal selidik telah diedarkan kepada sampel
kajian di seluruh negeri Terengganu. Di samping itu, temu bual secara mendalam
juga dilakukan terhadap enam orang informan yang terdiri daripada majikan di
tempat pelatih menjalani latihan. Analisis yang dilakukan mendapati terdapat
hubungan yang sangat rendah antara pendidikan dengan kesesuaian jawatan
yang disandang setelah tamat menjalani program SLG yang diikuti iaitu (r =.306,
p >.05). Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang sangat kuat diperolehi
antara kemahiran yang diperolehi dengan keupayaan graduan mendapatkan
pekerjaan setelah tamat menjalani latihan iaitu (R = .911), dan menunjukkan
bahawa pembolehubah bersandar iaitu kemahiran mempunyai pengaruh dan
penentu kepada seseorang pelatih untuk diterima bekerja. Pada masa yang
sama, hasil temu bual juga menunjukkan bahawa jaringan/hubungan dengan
pihak industri, keupayaan pelatih bekerja secara individu atau berkumpulan
pada suatu masa tertentu, berupaya melakukan suatu kerja dalam masa yang
ditetapkan, berpengalaman dan berkemahiran atau mempunyai kemahiran
interpersonal yang tersendiri merupakan nilai tambah untuk diterima bekerja. |
---|